Harian Metro

Mampukah kedah lepasi halangan

-

pasukan-pasukan utama menepati prestasi mereka dan tidak mudah dibelenggu aksi ‘yo yo’. Terlalu banyak aksi tidak konsisten dalam kalangan pasukan Liga Super dan Liga Perdana kebelakang­an ini.

Pemerhati atau pakar bola sepak tempatan tentu bimbang jika analisis akhirnya, tiada langsung penanda aras yang tepat untuk kita menggambar­kan kualiti sebenar liga, pasukan dan pemain dalam bola sepak Malaysia keseluruha­nnya.

Beraksi di Stadium Darul Aman dengan dengan bekalan kemenangan serta tiga gol di tempat lawan, Kedah tiada alasan kukuh untuk tidak menjamin laluannya selaku juara

Piala Malaysia dan Piala FA musim ini.

Peminat memang terima dan teruja dengan keputusan mengejut atau persembaha­n sensasi pasukan ‘giantkille­r’. Namun dalam senario pencarian penanda aras bola sepak negara di semua peringkat, pasukan yang kuat perlulah kuat. Jurang antara pasukan kuat dengan pasukan sederhana atau lemah perlu ada.

Jika jurang itu lagi jelas lagi bagus supaya dapat menjadi ukuran pahit buat pasukan bawahan jika mereka benar-benar mempunyai visi dan misi untuk mencabar kejuaraan dan tidak berpuas hati sekadar menjadi pasukan pelengkap liga.

Dalam congakan kasar, Kedah bukan saja perlu layak ke separuh akhir, malah menjadi pilihan untuk mara ke perlawanan akhir bulan depan bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang boleh anggap pasukan ranking nombor satu dalam carta ‘orde baru’ bola sepak tempatan ketika ini.

Sama ada Johor DT meletakkan Piala Malaysia sebagai sasaran, itu terserah. Namun tidak boleh dinafikan pemegang rekod empat kejuaraan Liga Super itu berada di tangga teratas dan seharusnya mampu mara ke final, dijadual menentang Kedah. Jadi, di mana kedudukan Selangor, Pahang, Perak dalam orde baru bola sepak negara? Jawapannya boleh cepat berubah jika tiga pasukan utama dari zaman tradisi Piala Malaysia itu dapat menggarisk­an corak pengurusan yang konkrit untuk membentuk sebuah pasukan yang bukan saja mantap, malah tidak mudah dibelenggu prestasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia