Harian Metro

Sekalung tahniah buat Bibi

-

Tahniah Spy Bola ucapkan kepada Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu, Bibi Ramjani Ilias Khan yang sah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2018 hingga 2021 dan diharap selepas ini segala masalah yang membelangg­u pasukan Pantai Timur itu berjaya diselesaik­an dengan segera.

Bukan apa, Spy Bola yakin penyokong Kelantan juga sudah muak dengan pelbagai masalah yang membelengg­u The Red Warriors sebelum ini sehingga menjejaska­n prestasi mereka dan semakin hari semakin hilang status sebagai pasukan gergasi di Liga Malaysia.

Selepas sah memegang jawatan berkenaan Spy Bola ada ternampak video yang tular di media sosial, Bibi turun berjumpa dengan kesemua pemain Kelantan ketika sesi latihan dan menabur janji segala permasalah­an termasuk dari segi pembayaran gaji tertunggak akan diselesaik­an.

Dalam masa sama Bibi juga mahu pemain tidak patah semangat agar baki saingan liga ini mereka dapat bangkit semula dan mengelak dari tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Rata-rata pengkritik bola sepak yang Spy

Bola jumpa minggu ini tidak tahu mengenai latar belakang Bibi dan kalau boleh kita semua mengharapk­an beliau mampu mentadbir KAFA dengan cemerlang serta bebas dari segala masalah sehingga menjejaska­n prestasi pemain.

Cuma Spy Bola dapat korek Bibi mempunyai pertalian saudara dengan pemain Kelantan yang sekarang ini dipinjamka­n ke pasukan lain sehingga akhir musim.

Tidak kisah mempunyai pertalian saudara atau tidak diharap presiden wanita ini mempunyai semangat yang cintakan bola sepak negeri, mampu menyelami masalah pemain dan mempunyai hala tuju lebih positif kerana semua ini sedang diperhatik­an oleh penyokong setia The Red Warriors.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia