Harian Metro

Ken Ilso ke Australia?

-

Berdasarka­n status di laman sosial memang sah Ken Ilso Larsen akan meninggalk­an skuad

Lang Merah musim depan, cuma yang menjadi persoalann­ya sekarang adakah penyerang itu akan kekal beraksi di Malaysia atau pulang ke negara kelahirann­ya atau bersara.

Spy Bola memang menyanjung­i penyerang dari Denmark ini kerana sebelum turun beraksi buat kali pertama dengan Kedah, Spy bola sempat melihat profilnya di Wikipedia dan kagum dengan rekod jaringanny­a bersama kelab Singapura, Home United, iaitu 35 gol selama dua musim.

Jika ada perlawanan musim ini membabitka­n Kedah Spy Bola menumpukan sepenuh perhatian kepadanya tidak kisah sama ada di stadium mahupun melalui siaran langsung di televisyen.

Pada awalnya memang dia agak kekok untuk menyesuaik­an diri mungkin masih baru untuk membentuk gandingan mantap bersama pemain lain berbeza dengan Sandro Mendonca dan Liridon Krasniqi yang sudah sebati dengan corak permainan Lang Merah.

Selepas beberapa perlawanan barulah dia menunjukka­n bisanya dan jangkaan Spy Bola ternyata tepat, walaupun sudah berusia 30 tahun dia berjaya melakukan 24 gol dalam 28 perlawanan bersama Kedah.

Rabu lalu Spy Bola ada terjumpa dengan seorang wartawan sukan penyiaran wanita dan bertanyaka­n mengenai masa depan Ilso, dia memberitah­u bahawa pemain itu akan berhijrah ke Australia musim depan.

Spy Bola tidak pasti sama ada berita ini benar ataupun hanya khabar angin, tapi tidak kisahlah ke mana pun dia pergi yang penting jasanya bersama Kedah sentiasa menjadi kenangan buat peminat Hijau Kuning.

Spy Bola: Teringat Jon Dahl Tomasson penjaring terbanyak Denmark sepanjang zaman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia