Harian Metro

Kerjasama banteras

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Masalah cetak rompak menerusi platform dalam talian dilaporkan menyebabka­n kerugian sebanyak RM1.05 bilion kepada industri perfileman dan televisyen tempatan sehingga tahun lalu.

Sementara kerajaan pula dianggarka­n mengalami kerugian cukai sebanyak RM157 juta pada tahun lalu disebabkan isu cetak rompak alaf baharu.

Sebenarnya masalah ini sudah lama berlaku kirakira 20 tahun lalu apabila karya mereka dicetak secara haram dalam bentuk cakera padat (CD) dan video cakera padat (VCD) sebelum beralih kepada cakera video digital (DVD).

Terbaharu, pendekatan cetak rompak dilakukan secara dalam talian (online) menghantui penerbit filem. Filem Abang Long Fadil 2 terbitan Skop Production baru-baru ini ‘dicuri rakam’ seorang individu dan memuat naik sedutannya selama 30 saat di laman sosial Instagram.

Sebelum itu, filem

Kau Yang Satu terbitan Global Station Sdn Bhd juga mengalami nasib sama apabila ‘dicuri’ dua individu yang membuat lintas langsung melalui laman Facebook ketika menonton filem berkenaan di pawagam.

Apa yang lebih malang, Kau Yang Satu dibintangi Aaron Aziz dan Izara Aishah kerugian RM1.7 juta apabila semakan mendapati lebih 200,000 tontonan direkodkan sepanjang tempoh penyiaran.

Statistik menunjukka­n seandainya tiada sebarang tindakan proaktif diambil, jumlah kerugian yang bakal ditanggung karyawan serta kerajaan akan bertambah setiap tahun.

BLING! minggu ini menemu bual tiga penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan Datuk Norman Abdul Halim untuk meluahkan rasa kekesalan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia