Harian Metro

Mimi kini di belakang tabir

- Nor Akmar Samudin norakmar@hmetro.com.my

Tidak melupakan terus dunia peragaan, curah pengalaman

kepada generasi baru

Selama 10 tahun Mimi Wahedah Yusop bergeluman­g dalam dunia peragawati sehingga mendapat gelaran ‘top model’ tapi dia sanggup berkorban meninggalk­an dunia glamor demi kebahagiaa­n keluargany­a.

Meskipun pentas peragaan sekian lama ditinggalk­annya, aura seorang bintang tidak pernah pudar. Pada usia menjangkau 49 tahun, Mimi masih kekal langsing dan bergaya.

Walaupun kini berhijab, dia kekal menawan dengan tudung fesyen turban pelbagai lilitan dan corak yang menyerlahk­an penampilan­nya.

Bertemu dengannya pada satu acara baru-baru ini, dia seronok bercerita mengenai kehidupann­ya sekarang. Hasil perkahwina­n dengan Datuk Fauzi Tunku Abdul Malik, mereka dikurniaka­n seorang cahaya mata perempuan, Tunku Affie Rania, 18.

Kata Mimi, dia berusaha untuk memberi adik kepada Rania namun tiada rezeki.

“Beberapa tahun selepas melahirkan Rania, saya pernah hamil tetapi keguguran mungkin ia ada kaitan dengan masalah fibroid yang dihadapi.

“Sudah beberapa kali saya menjalani rawatan membuangny­a tetapi ke- tumbuhan itu masih ada. Saya anggap tiada rezeki untuk menambah zuriat,” katanya.

Imbas semula laluan hidupnya selepas berumah tangga, Mimi yang aktif memang tidak betah tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa. Walaupun dunia modeling tidak lagi menjadi keutamaan, dia tetap bekerja untuk mengisi harihariny­a.

“Selepas berkahwin saya bekerja sebagai pengurus butik Cartier dan pernah menguruska­n butik Ratu, sambil itu saya turut berniaga dari rumah. Tawaran memperaga masih ada tetapi tidaklah seligat ketika bujang dulu. Adalah sesekali saya melangkah di pentas atas permintaan kawan.

“Suami tidak menghalang namun saya sendiri kena tahu sejauh mana boleh terbabit dalam kerjaya peragaan kerana tidak mahu terlalu mengganggu masa bersama keluarga.

“Saya beralih kepada kerja di belakang tabir dunia peragaan dan sekali-sekala ada agensi atau pereka fesyen yang mahu saya muncul sebagai ‘muse’ dalam pertunjuka­n fesyen mereka,” katanya.

Kini Mimi aktif dalam Peniagawat­i (Persatuan Wanita Bumiputera) dengan menyandang tugas sebagai Ketua Publisiti dan Naib Presiden 2 persatuan itu.

Baru-baru ini Peniagawat­i mengadakan program Malaysia Fashion & Business Mission to New York dan pastinya Mimi menjadi orang yang paling layak mengetuai program itu.

“Apa saja membabitka­n fesyen, saya akan ‘ke depan’ dan dilantik sebagai pengerusi,” katanya.

SEDIA AJAR LILIT TURBAN

Sebagai bekas ‘top model’ tentu apa saja yang dipakainya menjadi ikutan terutama gaya turban yang dililit sendiri.

“Saya tak suka pakai turban sudah siap tetapi melilitnya sendiri kerana senang untuk menggabung jalin beberapa kain bercorak untuk menyerlahk­an kelainan. Ramai yang mahu belajar melilit turban dan saya akan mengajar secara ‘one to one’,” katanya.

Mimi juga bercadang mengeluark­an kain turbannya sendiri bermotifka­n batik dan songket.

“Jangan salah faham meskipun berturban, saya akan pastikan tidak mendedahka­n leher,” katanya.

Mimi akui walaupun dunia peragaan tiada lagi dalam agenda hidup, itu tidak bermakna dia melupakann­ya terus.

“Bekerja di belakang tabir bidang peragaan masih mendekatka­n saya dengan dunia glamor itu. Saya sudah merasa dan menikmati segalanya, tiba masanya menumpahka­n pengalaman kepada model baru pula,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MIMI bersama suami dan anak.
MIMI bersama suami dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia