Harian Metro

Misteri Kematian Dalam Seindah Takdir

-

Sejak kematian Habib akibat kanser, Umairah meneruskan hidup bertemanka­n rakaman video Habib yang tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Hawa, adik tiri dan juga kawan rapat Umairah adalah anak kandung isteri kedua Datuk Rizman, Datin Aisyah yang menjaga Habib sejak kecil.

Datuk Rizman mencari bekas isterinya, Jacqueline dan anaknya Hafiz ke

Kota Kinabalu bagi menebus kesilapann­ya meninggalk­an mereka 20 tahun dulu tetapi kehadirann­ya ditolak Jacqueline serta Hafiz.

Pertengkar­an dengan Hawa mendorong

Umairah melarikan diri ke Sabah dan berusaha menenangka­n dirinya tetapi satu insiden tak diduga berlaku apabila Umairah terserempa­k dengan Hafiz yang seiras arwah suaminya.

Umairah memaklumka­n perkara itu kepada Hawa tetapi dia tidak percaya. Persoalan sama diajukan Hawa kepada Datuk Rizwan yang akhirnya berterus terang bahawa Hafiz adalah pasangan kembar Habib yang dirahsiaka­n kewujudann­ya.

Kewujudan wanita berpurdah (Datin Aisyah) turut membongkar segala misteri dan rahsia bahawa Datuk Rizman penyebab dia melarikan diri selama 14 tahun berpunca setelah Hawa diculik ketika kecil.

Datin Aisyah, ibu kandung Hawa dalam diam mengekori pergerakan anaknya dan muncul kembali di saat mata dan hatinya menyangka Hawa mahu membunuh diri.

Saat itulah, mereka rapat kembali dan sedikit demi sedikit terbongkar rahsia. Selama ini Datuk Rizman berselindu­ng atas perihal tingkah lakunya.

Konflik sebenar memuncak apabila Umairah akhirnya bercinta dengan Hafiz dan berjumpa Jacqueline bagi menjelaska­n status dirinya. Malam perkahwina­n mereka, sekali lagi berlaku bencana dan badi malapetaka. Jacqueline dilanda kemurungan dan mimpi ngeri hingga membawa kematian Hafiz serta Umairah.

Hawa mula menyiasat dan ingin mengetahui di mana kubur Umairah dan Hafiz. Ternyata ada misteri atas kematian mereka. Dapatkah segala kekusutan dan misteri yang berlaku diselesaik­an?

Ikuti kesudahan Seindah Takdir yang mengisi slot Panggung

Seri, jam 9.30 malam ini di TV1. Ia dijayakan Hafreez Adam, Shazia Rozaini, Datuk Eizlan Yusof,

Sharisa Haris Chong, Ramona Zamzam, Medina Layla, Yus Waisar dan Sherie Merlis.

 ??  ?? ANTARA babak dalam Seindah Takdir.
ANTARA babak dalam Seindah Takdir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia