Harian Metro

Wakaf struktur besi elemen unik

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my Landskap memberi nilai tambah

Seni bina dan reka bentuk landskap bukan saja menambah elemen semula jadi, malah ia turut memberi impak serta sentuhan dekorasi pada sesebuah kediaman.

Hasil penataan landskap juga mampu membangkit­kan elemen segar dan santai tanpa mengira rupa bentuk, jenis atau keluasan kediaman.

Elemen itulah yang menjadi kekuatan pada landskap moden kontempora­ri sebuah kediaman semi-D dua tingkat yang terletak di Denai Alam, Shah Alam ini. Ia hasil idea dan rekaan syarikat Inspirasi Laman.

Pengarah projek dan arkitek landskap Inspirasi Laman Raja Muhammad Mursyid Raja Chik berkata, fasad kediaman itu menyerlahk­an reka bentuk dan seni bina rumah moden jadi, pihaknya menerapkan gaya landskap moden kontempora­ri supaya ia nampak harmoni serta tidak janggal,” katanya.

“Salah satu elemen utama mengetenga­hkan ciri unik moden kontempora­ri adalah pemilihan wakaf atau ‘shelter platform’ yang direka khas.

“Wakaf ini diperbuat daripada struktur besi dengan dek kayu sebagai tapak bagi menggantik­an gazebo yang kebiasaann­ya nampak lebih tradisiona­l serta klasik.

“Pagar besi di bahagian hadapan kediaman juga ditukar dan direka khas menggunaka­n ‘wiremesh’ atau kotak besi yang diisi dengan ‘rock boulder’ bagi wujudkan suasana kediaman ala resort,” katanya.

Rekaan landskap kejur itu dilengkapi penanaman landskap lembut di bahagian belakang wakaf bagi mencipta ruang yang tenang dan selesa.

“Kami ingin wujudkan suasana santai dan tenang kepada pemilik rumah kerana sambil mereka berehat di bawah wakaf itu mereka juga menikmati kehijauan serta kesegaran daripada tanaman sekeliling.

“Pada masa sama kami tampilkan pokok bunga seri pagi bukan saja menghasilk­an bunga tapi turut menjalar naik pada celahan besi wakaf yang secara tidak langsung memberikan kesan mekar,” katanya.

Menurut Raja Muhammad Mursyid, kewujudan landskap unik dan tersendiri pada ruang kediaman juga dapat memberi nilai tambah pada sesebuah kediaman.

“Kediaman adalah aset bagi pemilik dan sentuhan seni bina landskap bukan saja menjadikan ia lebih menarik tapi dalam masa yang sama memberi nilai tambah.

“Tidak kira kondominiu­m, teres atau banglo kerana setiap kediaman juga mampu menyerlahk­an sentuhan landskap dengan gaya tersendiri,” katanya.

Beliau berkata, landskap tidak semestinya dibina pada laman atau memerlukan ruang yang luas kerana reka bentuk ringkas pada ruang minimum mampu memberi kelainan.

“Kediaman seperti apartmen, kondominiu­m atau teres setingkat kadangkala mempunyai ruang yang sangat minimum untuk landskap.

“Pemilik juga boleh peruntukka­n ruang atau sudut yang bukan dikhaskan untuk landskap.

“Sekiranya ruang itu tidak sesuai atau terlalu terhad untuk menambah tanaman rumput, gantikan dengan pokok atau tanaman dengan saiz bersesuaia­n dalam pasu,” katanya.

Selain itu, pemilihan tanaman bukan saja mengikut kesesuaian ruang dan cita rasa, malah perlu mengambil kira unsur pencahayaa­n.

Laman Inspirasi beroperasi di Beranang dan layari Facebook Inspirasi Laman untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? REKA bentuk landskap moden kontempora­ri tampak serasi dengan laman kediaman dengan fasad moden. PENGGUNAAN wakaf moden atau ‘shelter platform’ diperbuat daripada besi dan dek kayu menyuntik elemen moden pada keseluruha­n landskap.
REKA bentuk landskap moden kontempora­ri tampak serasi dengan laman kediaman dengan fasad moden. PENGGUNAAN wakaf moden atau ‘shelter platform’ diperbuat daripada besi dan dek kayu menyuntik elemen moden pada keseluruha­n landskap.
 ??  ?? GAYA rekaan semula jadi menyuntik elemen kontempora­ri pada reka bentuk landskap kediaman.
GAYA rekaan semula jadi menyuntik elemen kontempora­ri pada reka bentuk landskap kediaman.
 ??  ??
 ??  ?? RAJA Muhammad Mursyid
RAJA Muhammad Mursyid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia