Harian Metro

JANGAN NAK CANTIK SAJA

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Titik berat kualiti dan bajet sebelum beli produk solekan

Trend membeli produk kecantikan dalam talian semakin popular menyebabka­n ramai antara kita kurang peka dengan sebahagian produk palsu yang turut dijual.

Walaupun dijual murah, ada antara kita lupa hal kualiti apabila terlalu ‘kongkong’ bajet’ sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

Banyak kes dilapor membabitka­n masalah kesihatan apabila menggunaka­n produk tanpa bahan diluluskan.

Gen Y membantu anda untuk jadi pengguna bijak dalam hal ini. Bagaimana?

SELIDIK LEBIH DULU

Jika anda seorang yang gilakan jenama, apa kata ambil masa untuk mengkaji jenama terbabit sebelum membuat pembelian. Contohnya, harga, bahan digunakan, latar belakang jenama dan bentuk pax produk. Maklumat ini boleh didapati dengan mudah menerusi laman sesawang jenama itu sendiri atau di media sosial rasmi.

REVIU

Sebelum membeli, baca reviu dan testimoni produk terlebih dulu. Peringatan! Jangan baca reviu yang ada di laman web mereka kerana kebanyakan disunting yang positif saja.

Rajinkan diri membaca di blog atau platform reviu jualan dalam talian yang lebih jujur. Di situ, anda akan dapat menilai sejauh mana kebaikan produk yang mahu dibeli.

KUALITI BAHAN

Ramai yang silap mengenai mutu pigmentasi terutama bagi produk pembayang mata, lipstik, pemerah pipi dan ‘highlight’. Produk dengan harga jauh lebih murah pasti mengandung­i formula kurang bermutu. Sebagai contoh, warna produk pudar, tidak melekat dan cepat hilang di kulit. Itu belum dikira produk palsu yang dijual dengan jenama sama, namun harga 10 kali ganda lebih murah. Bayangkan kesannya pada kulit anda!

IKUT KESESUAIAN KULIT

Tidak semua produk sesuai dengan kulit kita kerana mungkin ada sesetengah bahan boleh meninggalk­an kesan alergik pada kulit. Bagi yang berkulit sensitif, jangan mudah yakin dengan apa yang hendak dibeli. Paling penting, jangan menolak jika diberi ‘sample’ supaya anda tahu kesan produk pada kulit.

Jika okey, barulah beli.

Untuk jadi pengguna bijak tidak hanya pentingkan bajet. Apa guna beli murah kalau ia memudaratk­an anda pada kemudian hari?

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia