Harian Metro

KUTIP SAMPAH DI TELUK SENANGIN

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

40 ahli Kelab Kembara Politeknik Ungku Omar jaga pelihara alam sekitar

Seramai 40 ahli Kelab Kembara Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh menyertai program Cintai dan Sayangi Alam Sekitar di Teluk Senangin, Lumut, baru-baru ini.

Program selama dua hari anjuran Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) bertujuan mendidik penuntut khususnya belia kepentinga­n menjaga alam sekitar demi menjamin kesejahter­aan dan kelangsung­an kehidupan manusia sejagat.

Bertemakan ‘Anti

Kutu Sampah’, penuntut diberi peluang merasai pengalaman bermalam di dalam khemah dan beberapa aktiviti yang mendekatka­n diri dengan alam semula jadi.

Pengerusi Kelab Kembara Politeknik Ungku Omar Muhamad Haziq Rodzi, 19, berkata program ini bukan saja mendedahka­n mereka kepentinga­n menjaga alam sekitar malah menyedarka­n golongan muda supaya tidak terlalu taasub dengan teknologi terutama telefon pintar.

“Selama berada di sana, kami hampir ‘terlupa’ kewujudan gajet kerana leka menikmati keindahan alam semula jadi dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

“Kami diajar cara memasang khemah, memasak dan melihat kompas. Aktiviti ini dianggap pendedahan baru untuk kami dan masing-masing teruja menyelesai­kan tugas diberi.

“Wujud nilai kerjasama apabila kami membantu antara satu sama lain membangunk­an khemah selain menyediaka­n makan tengah hari berupa nasi putih dan lauk ikan sardin,” katanya.

Katanya, aktiviti Anti Kutu Sampah berlangsun­g pada waktu petang di Teluk Senangin selama tiga jam.

“Kami ditugaskan membersihk­an kawasan sekitar Teluk Senangin dengan memungut sampah seperti botol plastik dan bekas makanan.

“Sebanyak 10 beg plastik sampah besar dikumpulka­n dan dihantar ke pusat kitar semula.

“Hari berikutnya pula, kami bangun seawal enam pagi untuk menjalanka­n aktiviti mendaki Bukit Kledang yang berketingg­ian 800 meter (m).

“Pendakian ke puncak mengambil masa kira-kira dua jam ternyata berbaloi dengan menyaksika­n pemandanga­n indah seluruh bandar raya Ipoh sambil menghirup udara segar,” katanya.

Penuntut Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Automotif) ini berkata dia berharap program sebegini kerap kali dianjurkan supaya penuntut dapat memperbaik­i kelemahan diri dan meningkat integriti.

“Menerusi program ini, kami dapat mengubah minda dan melihat sesuatu perkara melalui mata hati sekali gus menjadikan kebersihan alam sekitar sebagai tanggungja­wab bersama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Media

Sosial Persatuan Mata Hati Malaysia Mohd Aswadi Muhamad berkata program ini banyak memberi manfaat kepada golongan muda dari semua aspek.

“Tidak dinafikan kemajuan teknologi memberi banyak manfaat kepada kita semua. Bagaimanap­un, kemajuan teknologi tetap akan mempunyai kesan yang buruk sekiranya kesihatan dan kesejahter­aan manusia tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

“Pada zaman sains dan teknologi ini, aktiviti luar juga hendaklah diberi perhatian. Walaupun kemajuan teknologi banyak memberikan kebaikan dan faedah, sedikit sebanyak memberikan kesan yang negatif khasnya terhadap aspek kesihatan dan silaturahi­m yang kian hari kian pudar.

“Ikatan kekeluarga­an dan kekitaan menjadi dingin apabila anak muda hanya berada di rumah dan kelompok tertentu saja tanpa menjalani kehidupan yang sebenar di luar rumah atau luar lingkungan kehidupan.

“Jadi menerusi program ini kami berusaha merapatkan ukhuwah antara satu sama lain dan penduduk tempatan menerusi beberapa aktiviti yang dijalankan seperti bergotong-royong mengutip sampah di Teluk Senangin.

“Malah pengetahua­n mengenai mendaki bukit dengan betul juga diperoleh melalui program ini.

“Saya berharap program sebegini tidak akan terhenti di sini dan kerjasama ini akan berterusan,” katanya.

 ??  ?? AKTIVITI pembersiha­n pantai di Teluk Senangin.
AKTIVITI pembersiha­n pantai di Teluk Senangin.
 ??  ?? AHLI Kelab Kembara menyediaka­n makanan tengah hari.
AHLI Kelab Kembara menyediaka­n makanan tengah hari.
 ??  ?? MENCUBA pengalaman baru berkhemah di Teluk Senangin.
MENCUBA pengalaman baru berkhemah di Teluk Senangin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia