Harian Metro

10 rekaan eksklusif mampu milik

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@ hmetro.com.my

Memiliki tudung mahupun selendang eksklusif memberikan satu kepuasan kepada pemiliknya yang hanya dapat difahami oleh wanita.

Mungkin bagi lelaki, setiap tudung itu kelihatan sama namun pandangan itu amat berbeza bagi wanita yang pastinya mempunyai pelbagai jenis koleksi tudung dan selendang.

Berusaha membantu wanita untuk memiliki tudung eksklusif pada harga mampu milik, jenama fesyen tanah air, Rossa Elyna menawarkan lebih 10 rekaan tudung yang unik.

Pengasasny­a Rozzaliena Aziz berkata, antara koleksi tudung rekaannya adalah Khimar Nurjannah, Marisya Hijab, Ariana, Juita, Raisya dan Amanda.

“Semua koleksi ini adalah keluaran eksklusif dan berkualiti tinggi daripada material sifon dihiasi batu berkilau yang dijahit tangan.

“Walaupun eksklusif, kami menawarkan harga berpatutan iaitu RM40 sehelai kerana mahu memberi peluang kepada setiap wanita memiliki tudung eksklusif yang unik dan cantik,” katanya.

Menurutnya, selain itu, pihaknya turut menawarkan harga borong kepada peniaga kecil yang ingin memulakan perniagaan dan mahu menjadikan rekaannya sebagai koleksi jenama sendiri.

“Idea untuk menghasilk­an rekaan tudung ini datang kerana saya sendiri gemar melihat wanita kini menggayaka­n pelbagai rekaan tudung namun ramai yang tidak mampu untuk memiliki koleksi tudung eksklusif di pasaran yang harganya mencecah ratusan dan ribuan ringgit.

“Melalui rekaan eksklusif ini, diharap dapat membantu wanita tampil bergaya tanpa perlu mengeluark­an belanja besar hanya untuk memiliki sehelai tudung,” katanya.

Tambahnya, soal harga dan keuntungan tidak menjadi keutamaann­ya namun keselesaan serta kepuasan pelanggan lebih dititikber­atkan.

“Kami menyasarka­n pelanggan dalam kalangan wanita seawal usia

20-an hingga ke 50-an kerana terdapat pelbagai jenis rekaan yang boleh disesuaika­n mengikut usia pemakai,” katanya.

Tudung material sifon cita rasa mewah

ditawar pada harga berpatutan

 ??  ?? CANTIK dan anggun menggayaka­n tudung Rossa
Elyna.
CANTIK dan anggun menggayaka­n tudung Rossa Elyna.
 ??  ?? DIBUAT dengan pelbagai jenis rekaan terkini.
DIBUAT dengan pelbagai jenis rekaan terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia