Harian Metro

Layan selera pada pesta makanan Gyeonggi 2017

-

Serba-serbi mengenai Korea terutama drama, selebriti, aliran gaya fesyen dan produk kecantikan kini menjadi fenomena masyarakat negara ini.

Begitu juga dengan produk makanan Korea, semakin ramai yang suka menikmati bagi mempelbaga­ikan lagi cita rasa selera.

Penganjura­n Pesta Makanan Gyeonggi 2017 yang berlangsun­g hari ini dan esok di pusat belibelah MyTown, Cheras memberi peluang kepada peminat di negara ini merasai kelazatan pelbagai jenis makanan yang didatangka­n khas dari negara K-Pop itu.

Pesta Makanan Gyeonggi

2017 adalah kerjasama dengan KMT Trading Sdn Bhd dan

Biro Pentadbira­n Pertanian dan Maritim Gyeonggi untuk membawa hasil dan produk wilayah Gyeonggi terbaik ke pasaran Malaysia.

Produk yang paling mendapat perhatian pada acara itu antaranya buah-buahan Gyeonggi. Dipetik dan dipilih oleh petani di wilayah ini, buah-buahan yang selamat dan segar, dipilih dan diterbangk­an untuk menjamin ia sampai ke tangan pengguna Malaysia dalam keadaan terbaik.

Selain itu, pengunjung turut boleh membeli-belah pelbagai makanan dari negara itu antaranya kimchi, mi segera, teh, aiskrim, jus minuman dan susu pelbagai perisa.

Pesta Makanan Gyeonggi

2017 dirasmikan pada 20 September lalu oleh Pengarah KMT Trading Sdn Bhd, Matthew Lee. Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Ketua Pengarah Biro Pentadbira­n Pertanian dan Maritim Gyeonggi, Ryu In Kwon; Pengurus Bahagian Pengedaran Produk Pertanian Pentadbira­n Pertanian dan Maritim, Kim

Suk Jong, Pengurus Pasukan Eksport Strategik Pentadbira­n Pertanian dan Maritim Yun

Moon Sik; Timbalan Pengarah Jabatan Perdaganga­n Eksport dan Pemasaran aT Corp Seoul Gyeonggi, Kang In Gu; Pengurus Pusat MyTOWN, Joakim Hogsander dan Ketua Pegawai Operasi Village Grocer, Ong Thiam You.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang hujung minggu antaranya persembaha­n tarian K-Pop, persembaha­n alat muzik tradisiona­l Korea dan pelbagai sampel makanan untuk dirasai penggemar makanan dari negara itu.

 ??  ?? PELBAGAI pilihan makanan dari Korea ditawarkan pengunjung.
PELBAGAI pilihan makanan dari Korea ditawarkan pengunjung.
 ??  ?? BUAH-buahan segar yang didatangka­n khas dari Gyeonggi.
BUAH-buahan segar yang didatangka­n khas dari Gyeonggi.
 ??  ?? UPACARA memotong reben oleh (dari kiri) Kang, Kim, Ong, Ryu, Hogsander dan Lee.
UPACARA memotong reben oleh (dari kiri) Kang, Kim, Ong, Ryu, Hogsander dan Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia