Harian Metro

Telekung sedondon ibu, anak

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Rekaan beropol tambah keunikan, galak anak rajin solat

Bukan baju atau tudung saja yang menarik perhatian ibu, malah ramai yang teruja mendapatka­n koleksi telekung sedondon yang boleh dipakai bersama si kecil tersayang untuk beribadat.

Ia secara tidak langsung dapat memupuk minat si anak untuk bersamasam­a mengerjaka­n solat walaupun seawal usia dua tahun.

Berusaha membantu golongan ibu untuk mengajar anak kecil menunaikan ibadat, jenama Sha Zaha tampil dengan koleksi istimewa Telekung Eksklusif Hidayah.

Telekung yang direka berpasanga­n dan mempunyai warna sama untuk ibu dan si manja itu bukan saja praktikal, malah mementingk­an keselesaan.

Pengasas Sha Zaha, Nor Zaleha Hasan Basri berkata, koleksi telekung itu yang pertama kali direka dengan ropol bagi menambah keunikan pada telekung itu.

“Telekung yang comel ini didatangka­n dengan warna menarik bagi menggalakk­an si manja rajin bersolat terutama apabila ibu juga mengenakan telekung warna senada.

“Koleksi ini juga didatangka­n dengan tawaran harga menarik dan berpatutan iaitu RM123 bagi koleksi kanak-kanak dan RM154 untuk koleksi dewasa termasuk kos penghantar­an di seluruh Malaysia manakala harga kombo adalah RM270,” katanya.

Menurutnya, koleksi padanan ini didatangka­n dalam lima pilihan warna menarik manakala bagi koleksi dewasa mempunyai satu saiz dan bagi kanakkanak mempunyai dua pilihan saiz iaitu bagi dua hingga tiga tahun dan empat hingga enam tahun.

“Kami menggunaka­n fabrik Le’Satin premium yang tidak panas, tidak keras, tidak terlalu ringan dan mudah digosok serta dicuci. Ia juga selesa dipakai untuk tempoh yang lama,” ujarnya.

Tambahnya, koleksi telekung ibu dan anak itu didatangka­n dalam kuantiti yang terhad bagi memastikan nilai eksklusif kepada pemakainya.

“Selain untuk diri dan anak, koleksi telekung ini juga sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada tersayang seperti ahli keluarga dan rakan-rakan terutama yang mempunyai anak perempuan.

“Sejak dikeluarka­n, koleksi ini mendapat sambutan dan permintaan menggalakk­an dan diharap rekaan telekung ini memenuhi semua kriteria yang dimahukan buat si ibu juga si anak,” ujarnya.

 ??  ?? SET telekung sedondon menarik perhatian DIDATANGKA­N dalam lima pilihan warna. MEMBANTU mendidik
anak kecil bersolat.
SET telekung sedondon menarik perhatian DIDATANGKA­N dalam lima pilihan warna. MEMBANTU mendidik anak kecil bersolat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia