Harian Metro

Rekaan baji sederhana namun selesa

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kasut buatan tangan ikut ukuran standard sesuai golongan profesiona­l

Keselesaan dalam pemilihan sepatu menjadi faktor utama bagi wanita. Biarpun kasut bagi sesetengah individu dianggap sebagai pilihan kedua dari segi keutamaan jenama, tetapi ia penting kerana membabitka­n perjalanan seharian.

Oleh kerana itu kasut tapak rata atau jenis baji terus mendapat perhatian disebabkan sifatnya yang lebih sederhana, tidak bertumit dan sesuai digayakan untuk semua padanan.

Bagi pemilik Cresslili, Wan Shakirah Wan Harun, dia terpanggil untuk menghasilk­an rekaan kasut jenama sendiri disebabkan kepayahan dalam mencari rekaan yang memenuhi kriteria iaitu daripada rona yang cantik, rekaan yang sederhana serta berkualiti. Bermula daripada situ wanita ini mula membuat pemerhatia­n dan mengunjung­i Jakel bagi memilih fabrik bersesuaia­n.

“Saya memilih kapas untuk bahagian atas kasut kerana mudah didapati, corak yang cantik serta selesa dipakai. Jenis fabrik ini juga mudah dicuci dan kurang kedut,” katanya.

Apa yang menjadikan jenama Cresslili istimewa apabila ia adalah buatan tangan dan mengikut ukuran standard kasut yang ada di pasaran. Kasut ini dihasilkan menerusi perindustr­ian kecil yang terdapat di Jakarta yang pekerjanya adalah wanita. Dari segi warna pula ia adalah pilihan rona terang dan pastel.

Sasaran kasut baji adalah kepada golongan pekerja profesiona­l seperti guru dan pekerja swasta yang bekerja di pejabat. Golongan ini biasanya gemarkan rekaan ringkas namun menepati cita rasa mereka yang bijak bergaya. Ia sesuai dipadankan dengan pakaian formal ke pejabat atau santai seperti kemeja dan denim.

Untuk remaja juga ada disediakan. Namun apa yang membezakan­nya adalah corak dan warna kerana lebih terang serta pelbagai rona. Berbanding rekaan untuk wanita moden yang lebih polos. Harga ditawarkan adalah berpatutan iaitu sekitar RM42 termasuk pos ke seluruh Malaysia. Pembelian boleh dilakukan sama ada menerusi laman sosial Instagram dan Facebook atau mengunjung­i butik di Seksyen 16, Shah Alam.

 ??  ?? BAJI bercorak untuk remaja. SEPATU digayakan untuk acara santai. REKAAN sepatu menyerlahk­an keanggunan wanita. REKAAN moden dari segi potongan dan fabrik digunakan. MODEN dan memikat.
BAJI bercorak untuk remaja. SEPATU digayakan untuk acara santai. REKAAN sepatu menyerlahk­an keanggunan wanita. REKAAN moden dari segi potongan dan fabrik digunakan. MODEN dan memikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia