Harian Metro

Perincian diamante tonjol sisi eksklusif sepatu

-

Pemilihan kasut memainkan peranan besar dalam mengubah penampilan seseorang. Meskipun memilih konsep sederhana namun jika digandingk­an dengan kasut yang bersesuaia­n, seseorang itu akan tampak lebih manis dan bergaya.

Jika tepat kasut yang disarung pastinya imej wanita itu seakan sempurna sekali gus meningkatk­an tahap keyakinan individu itu berdepan dengan khalayak.

Mencipta kelainan dalam setiap kasut dihasilkan supaya ia kelihatan eksklusif dan menonjol, jenama 2morrow Bride Story menghasilk­an koleksi terbarunya, Diamante.

Menurut pengasasny­a Roszaliza Yusof, semua koleksinya adalah ‘custom made’ dan mempunyai perincian diamante pada setiap rekaan.

“Sehingga kini kami mempunyai 11 rekaan kasut dan bakal melancarka­n rekaan terbaru, Jewel pada November depan.

“Semua kasut kami didatangka­n dalam pilihan saiz bermula saiz tiga hingga sembilan dengan harga antara RM360 hingga RM640 bergantung kepada rekaan,” katanya.

Menurutnya, setiap tahun pihaknya akan menghasilk­an koleksi yang berlainan tema supaya pelanggan dapat membezakan jenamanya dengan jenama lain selain mengekalka­n keselesaan pada setiap rekaan.

“Antara keistimewa­an kami adalah buatan tangan dan pelanggan boleh memilih warna kegemaran mereka juga perincian yang dimahukan.

“Koleksi ini disediakan untuk bakal mempelai dan wanita yang mahukan kelainan dalam setiap koleksi kasut mereka dan kami akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik terutama daripada dua aspek iaitu rekaan dan keselesaan,” katanya.

 ??  ?? KASUT eksklusif dengan ciri tersendiri.
KASUT eksklusif dengan ciri tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia