Harian Metro

Kelengkapa­n haji, umrah bawah satu bumbung

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Koleksi berkualiti tinggi sesuai dengan iklim di Makkah, Madinah

Tidak perlu membazir masa dan tenaga untuk mendapatka­n setiap keperluan dan kelengkapa­n mengerjaka­n ibadat umrah dan haji kerana segalanya tersedia di bawah satu bumbung.

Bermula daripada jubah lelaki dan wanita, kain ihram, telekung dan pelbagai lagi keperluan lain, semuanya lengkap tersedia di Dsarahman Boutique & Tailoring yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menurut pemiliknya

Siti Sarah Zainol, butiknya menyediaka­n semua kelengkapa­n diperlukan untuk ibadat umrah dan haji seperti jubah wanita dan lelaki, jubah kanak-kanak, kurta, telekung, kain ihram, kopiah, kain pelikat, stoking, sarung tangan, tudung labuh, serban dan tali pinggang.

“Semua koleksi kami berkualiti tinggi dan sesuai dengan iklim panas di Makkah dan Madinah. Selain itu, busana kami tidak mudah berkedut , tidak panas, mudah digosok dan tahan lasak.

“Kami juga menawarkan harga berpatutan iaitu RM159 untuk jubah yang didatangka­n dalam pilihan saiz bermula S hingga 3XL,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan koleksi ini mempunyai pilihan warna antara hitam dan putih juga sesuai untuk pelajar tahfiz.

“Semuanya dijual dengan harga berpatutan kerana kami tidak hanya mementingk­an aspek keuntungan, apa yang penting adalah keselesaan pelanggan yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjaka­n ibadat.

“Bukan saja koleksi umrah dan haji, kami juga mempunyai pelbagai pilihan busana lelaki, wanita dan kanak-kanak selain menawarkan khidmat tempahan untuk pelanggan,” ujarnya.

Tambahnya, diharap dengan adanya semua kelengkapa­n untuk mengerjaka­n umrah dan haji itu dapat membantu serta memudahkan lebih ramai individu yang tercari-cari sebuah butik yang menyediaka­n segalanya di bawah satu bumbung.

 ??  ?? MUDAH dipakai dan tidak mudah berkedut. KOLEKSI haji dan umrah yang menarik.
MUDAH dipakai dan tidak mudah berkedut. KOLEKSI haji dan umrah yang menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia