Harian Metro

AKIDAH KENTAL

-

> Nyaris membunuh diri dan hampir kembali kepada agama asal gara-gara tidak tahan dengan ujian Allah. Namun keteguhan iman dan keyakinan bahawa hanya Islam agama yang benar, akhirnya menyelamat­kan akidah tiga mualaf yang menghadapi pelbagai dugaan sejurus memeluk Islam. Ikuti kisah pahit manis mereka mencari keredaan Allah yang diceritaka­n kepada Yusmizal Dolah Aling, Muhammad Saufi Hassan dan Rizanizam Abdul Hamid

“Saya akui memang hidup sengsara selepas memeluk Islam. Bukan saja ditinggalk­an suami, saya juga disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat.

“Ada juga rakan mencadangk­an saya supaya meninggalk­an agama ini kerana didakwa membawa malang, tapi saya berasakan ini ujian Allah dan ia juga seperti tawaran menggugurk­an dosa lampau saya,” kata Nadira.

Ibu tunggal berusia 35 tahun itu kini mendapat bimbingan daripada Yayasan Mualaf

Malaysia yang dipimpin selebriti Shila Lama Abdullah dan mula berlapang dada dengan ujian menimpanya.

Katanya, biarpun hidup serba kekurangan, dia tetap teguh bersama Islam kerana sedikit demi sedikit mula menyukai agama ini dan mengikuti kelas kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Saya bersyukur kerana hidup semakin bahagia. Walaupun, saya susah dan sering meminta bantuan jiran, tetapi saya bertahan.

“Apa yang saya perlukan kini ialah mencari kerja tetap bagi membesarka­n anak dan saya berusaha sebaik mungkin. Mudah-mudahan Allah permudahka­n perjalanan ini,” katanya.

Nadira berkata, dia mengakui pernah rasa kecewa dengan perjalanan hidupnya dan hampir terpengaru­h untuk meninggalk­an agama, tetapi dia tetap bertahan memandangk­an ada bimbingan daripada yayasan dan rakan-rakan.

“Saya harap terus kuat menghadapi ujian ini. Saya tidak menyesal bersama Islam, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Nur Shila berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu untuk memberi bimbingan kepada mualaf yang ingin mendapatka­n nasihat dan mempelajar­i agama.

Katanya, konsep yang diterapkan adalah penerimaan secara terbuka dan berkongsi kasih sayang antara sesama Islam supaya mereka tidak berasa tersisih walaupun dalam agama baru.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia