Harian Metro

NASIHAT PENGANTIN BADAN BESAR

Wanita bertubuh besar gesa bakal pengantin tidak hukum diri untuk kelihatan cantik pada hari bahagia

- Omar Ahmad am@hmetro.com.my Johor Bahru

Bertubuh besar tidak menghalang pengantin dari Singapura ini menggayaka­n pelbagai busana bagi meraikan hari bahagianya pada 17 September lalu.

Lebih menarik, gambar perkahwina­n mereka dikongsi 4,500 pengguna laman sosial Facebook (FB) termasuk rakyat negara ini, sekali gus menjadikan­nya contoh terbaik kepada wanita XXL supaya jangan menghukum diri untuk kelihatan cantik pada hari perkahwina­n.

Ejen pusat panggilan khidmat pelanggan, Nora Abu Bakar, 33, berkata dia dan suaminya, Muhammad Safri Abd Manaf, 30, tidak menyangka gambar perkahwina­n mereka yang dimuat naik butik pengantin Grandeur Fai pada 19 September lalu dikongsi 4,500 pengguna FB termasuk di negara ini.

Profil FB yang menggunaka­n nama Nora Abu Bakar dihujani ucapan tahniah dan kata-kata semangat serta dorongan, namun ada juga yang menghina kerana bentuk tubuhnya.

“Alhamdulil­lah majlis perkahwina­n saya berjalan lancar. Saya tidak kisah apa juga pandangan negatif dilemparka­n kepada saya kerana suami menerima saya seadanya.

“Kami berkenalan di laman sosial sejak 2014 sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 17 September lalu di Woodlands, Singapura.

“Suami boleh terima keadaan saya dan juga dua anak saya hasil perkahwina­n sebelum ini. Pada masa sama, saya menerima suami serta seorang anaknya. Biarlah apa orang nak kata, yang penting suami dapat menerima saya lagipun dia sebenarnya suka wanita berbadan comel seperti saya,” katanya ketika dihubungi melalui FB kerana berada di Thailand untuk berbulan madu.

Menurutnya, semua wanita berbadan besar harus yakin pada diri sendiri, jangan hiraukan apa orang cakap mengenai mereka kerana perkara paling penting dalam kehidupan adalah bahagia bersama keluarga.

 ??  ??
 ??  ?? DETIK manis Nora dan suami di atas pelamin.
DETIK manis Nora dan suami di atas pelamin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia