Harian Metro

9 USTAZ, USTAZAH SATU FAMILI

- Izlaily Nurul Ain Hussein, Zatul Iffah Zolkiply dan Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my Shah Alam

Sembilan daripada 12 anaknya bergelar ustaz dan ustazah manakala tiga yang lain adalah eksekutif akaun, hafiz al-Quran dan penuntut di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIA).

Walaupun bergelar petani dan isterinya hanya suri rumah, namun Mokter

Murat, 77, dan Salimah Paiman, 69, membuktika­n mereka boleh mendidik semua anak hingga berjaya.

Kejayaan mendidik mereka antara faktor Mokter dan Salimah terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Keluarga Mithali peringkat Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1439 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, malam kelmarin.

Mokter berkata, dia bersyukur atas anugerah berkenaan malah tidak menyangka menerimany­a.

“Dalam mendidik anak-anak saya sentiasa bersabar dan mendoakan kesejahter­aan serta kejayaan mereka,” katanya.

Daripada 12 orang anak, lima adalah lelaki manakala tujuh wanita dan mereka diberikan pendidikan agama yang mencukupi.

Mokter yang berasal dari Telok Panglima Garang, dekat sini turut menerapkan kehidupan dalam suasana keagamaan, sekali gus menjadikan semua anaknya berjaya.

Sementara itu, Salimah berkata, suaminya sangat menitikber­atkan nilai pengajian agama kepada anak-anak dan berusaha menghantar mereka ke sekolah agama.

“Ada satu masa, suami pernah bersedih apabila anak kedua dan ketiga tidak dapat bersekolah menengah agama kerana yuran pengajian yang tinggi, bagaimanap­un anak kedua saya kini bergelar ustaz.

“Suami juga pernah menjual tanah kerana mahu menampung yuran pengajian anak melanjutka­n pengajian ke universiti,” katanya yang kini gembira dengan kejayaan anak-anaknya.

Kini anak kedua pasangan itu adalah Pengarah Urusan Fitrah Guidance & Consultanc­y serta personalit­i televisyen iaitu Ustaz Mohidin Mokter dan isterinya, Ustazah Isfadiah Dasuki.

Dengan pemilihan itu pasangan berkenaan menerima wang tunai RM10,000, sijil penghargaa­n,

Tiga lagi terima didikan terbaik berkat doa keluarga petani Ada satu masa, suami pernah bersedih apabila anak kedua dan ketiga tidak dapat bersekolah menengah agama kerana yuran pengajian yang tinggi, bagaimanap­un anak kedua saya kini bergelar ustaz” Salimah

trofi serta pakej mengerjaka­n umrah.

Anugerah disampaika­n Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yang mewakili ayahanda baginda.

Sementara itu, bekas pensyarah, Dr Osman Sabran dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah, sekali gus menerima wang tunai RM20,000, trofi, sijil penghargaa­n serta pakej mengerjaka­n umrah.

Selebriti, Adam Corrie Lee Abdullah dipilih sebagai Tokoh Saudara Kita.

Tokoh Aktivis Masyarakat pula dianugerah­kan kepada Mahat Tumin serta Anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela diraih Persatuan Persaudara­an Muslimah Malaysia (Salimah).

Masing-masing menerima wang tunai RM10,000, sijil penghargaa­n, trofi serta pakej mengerjaka­n umrah manakala Salimah turut dihadiahka­n buku-buku ilmiah.

 ??  ??
 ??  ?? TENGKU Amir Shah menyampaik­an Trofi Maal Hijrah serta sijil penghargaa­n kepada Dr Osman. MOKTER (dua dari kanan) dan Salimah (berkerusi roda) dinobatkan Tokoh Keluarga Mithali peringkat Selangor.
TENGKU Amir Shah menyampaik­an Trofi Maal Hijrah serta sijil penghargaa­n kepada Dr Osman. MOKTER (dua dari kanan) dan Salimah (berkerusi roda) dinobatkan Tokoh Keluarga Mithali peringkat Selangor.
 ??  ?? KELUARGA besar Mokter dan Salimah yang dididik dengan ilmu agama Islam.
KELUARGA besar Mokter dan Salimah yang dididik dengan ilmu agama Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia