Harian Metro

‘DR BLING BLING’

> Dia dikecam netizen gara-gara kontrovers­i imej di media sosial. Namun itu tidak menjadi kudis buat Nur Amalina Che Bakri, 30. Kejayaan demi kejayaan sudah dilakarnya sehingga muncul sebagai calon pakar bedah terbaik di United Kingdom. Digelar ‘Dr Bling

- lapor Mary Victoria Dass

Menduduki tempat keempat dalam senarai pemilihan untuk latihan pengkhusus­an dalam bidang pembedahan am di seluruh United Kingdom (UK) dan kini menjalani latihan pakar di hospital tersohor di London adalah pencapaian membanggak­an buat Nur Amalina Che Bakri, 30.

Biarpun terpalit dengan kontrovers­i imej dalam media sosial sedikit masa lalu, pencapaian terkini pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dengan agregat 17A1 itu turut mengangkat martabat negara.

Nur Amalina kini berkhidmat di Unit Bedah serta Unit Kecemasan dan Trauma di Hospital Royal London sambil menjalani latihan pakar bedah di hospital ternama itu.

Anak kelahiran Kota Tinggi itu memberitah­u, jadual kerjanya padat dan sering bekerja lebih masa termasuk on call atau tugasan atas panggilan pada hujung minggu.

Bagi meredakan tekanan, katanya, dia biasanya ke gimnasium, keluar bersama rakan atau berehat di rumah selepas tamat bekerja.

“Pernah pada bulan Ramadan lalu saya tak sempat berbuka puasa kerana menerima panggilan dari hospital untuk merawat kes kecemasan, namun tidak pernah mengeluh sebaliknya komited menjalanka­n tugas yang diamanahka­n.

“Saya juga antara doktor yang merawat mangsa pengganas dalam kejadian serangan di Westminste­r Bridge pada Mac lalu dan di London Bridge pada Jun lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau ditaja Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang perubatan di UK selepas kejayaan cemerlang dalam SPM.

Nur Amalina graduan University of Edinburgh dan University of Cambridge dengan kelulusan ijazah kelas pertama dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada 2013 hingga 2015.

Selain komited dengan tugasnya, Nur Amalina juga meminati bidang sukarelawa­n.

Dia pernah berkhidmat secara sukarela sebagai doktor perubatan di Meru District Hospital, Tanzania selama tiga bulan.

Sementara itu, ibunya, Sabariah Hassan percaya Nur Amalina mampu mengejar cita-cita dalam karier yang diimpikann­ya.

“Saya yakin Amalina bijak menjaga diri dan dia sentiasa menumpu perhatian mengejar cita-cita bergelar pakar bedah kanser payudara dan onkoplasti­k,” katanya.

Menurutnya, walaupun sentiasa berjauhan, Nur Amalina umpama berada di depan matanya berikutan hampir setiap hari mereka berinterak­si menerusi perbualan video di laman sosial.

Berkaitan kontrovers­i gambar yang dikongsi Nur Amalina bersama pengikutny­a di laman sembang sosial yang menarik perhatian ramai, Sabariah tidak menafikan anaknya gemar bergaya.

Menurutnya, Nur Amalina kelihatan cukup fashionist­a dan dia juga sentiasa menjaga penampilan.

Katanya, anaknya seorang yang kuat dan tidak mudah gentar dengan komen netizen.

“Dia sentiasa berterima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat dan komen serta menjadikan sebagai pedoman untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan kejayaanny­a dan moga pencapaian­nya menjadi inspirasi kepada generasi muda,” katanya.

Sabariah berkata, biarpun sudah merantau di UK sejak berumur 17 tahun untuk melanjutka­n pengajian di peringkat A-Level dan seterusnya dalam bidang perubatan, anaknya tetap merindui Malaysia serta kehidupan di sini.

Menurutnya, Nur Amalina juga kerap berkongsi aktivitiny­a di negara barat itu di media sosial seperti Instagram dan Twitter bagi mengeratka­n silaturahi­m bersama kenalan, di sini, selain mungkin boleh dijadikan motivasi serta inspirasi kepada individu lain untuk lebih cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya.

“Di negara berkenaan ramai rakan karibnya warga barat termasuk kalangan kakitangan perubatan, sebab itu Nur Amalina juga fasih berbahasa Itali dan Sepanyol,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SABARIAH menunjukka­n
gambar Dr Amalina.
SABARIAH menunjukka­n gambar Dr Amalina.
 ??  ?? DR Amalina bersama rakan setugas di UK.
DR Amalina bersama rakan setugas di UK.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia