Harian Metro

Melabur tidaklah rumit

 Hanya dua konsep pelaburan asas untuk capai matlamat kewangan kukuh

-

Kita perlu menetapkan matlamat seperti untuk kegunaan kecemasan, membeli rumah atau bersara dengan selesa supaya dapat merasai manfaatnya”

Mohammad

Melabur dalam unit amanah adalah satu daripada kaedah pelaburan mudah yang boleh dilakukan sesiapa sahaja untuk membina kewangan kukuh bagi jangka masa panjang.

Antara kelebihan melabur dalam unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah pelabur tidak memerlukan modal besar dan risiko pelaburann­ya pula rendah.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Mohammad Hussin berkata, untuk melabur, masyarakat perlu memahami mengenai konsep asas pelaburan seperti Kuasa Kompaun dan

Rule of 72.

“Kuasa kompaun ialah satu konsep pelaburan yang menunjukka­n bahawa sekiranya seseorang itu melabur secara konsisten untuk jangka panjang dan tidak mengeluark­an modal pelaburan serta pulangan tahunan diterima, mereka akan memiliki satu tabungan yang kukuh.

“Apabila melabur, kita perlu menetapkan matlamat seperti untuk kegunaan kecemasan, membeli rumah atau bersara dengan selesa supaya dapat merasai manfaatnya,” katanya dalam taklimat media mengenai Fiesta Labur Permodalan Nasional

Berhad (PNB) 2017.

Antara pelaburan unit amanah berisiko rendah dan paling mudah disertai ialah unit amanah yang diuruskan ASNB seperti ASB, ASB3, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) dan Amanah Saham Didik (ASD).

Pelaburan boleh dimulakan seawal umur enam bulan dengan jumlah pelaburan minimum RM10. Pelabur boleh menambah pelaburan pada bila-bila masa mengikut kemampuan.

Rule of 72 pula menunjukka­n tempoh diperlukan untuk modal yang dilaburkan berganda.

“Sebagai contoh, pelabur menerima pulangan purata tahunan sebanyak enam peratus jadi, jumlah tahun yang diperlukan untuk pelaburann­ya berganda adalah 12 tahun.

“Rule of 72 membantu pelabur menentukan tempoh pelaburan yang diperlukan untuk merealisas­ikan matlamat pelaburan mereka,” kata Mohammad.

Tambahnya, untuk memiliki jumlah tabungan yang diharapkan, konsep kuasa kompaun dan Rule of

72 ini perlu digabungka­n kerana jika pelaburan dikeluarka­n sesuka hati, matlamat tidak tercapai.

Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia pelaburan dan mengapa orang ramai perlu melabur, kunjungi Fiesta Labur PNB dan temui rakan sekerja ASNB yang sedia membantu mereka untuk memulakan langkah pertama ke arah membina kewangan kukuh.

Pengunjung juga berpeluang menerima baucar unit amanah berjumlah RM10 untuk membuka akaun pelaburan dengan ASNB.

 ??  ?? PESERTA Kuiz Pelaburan PNB 2016 kategori badan beruniform bersama hadiah yang dimenangi.
PESERTA Kuiz Pelaburan PNB 2016 kategori badan beruniform bersama hadiah yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia