Harian Metro

Rezeki One sertai DAA3

-

Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Forteen, One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddi­n, 28, terpilih mewakili Malaysia sebagai peserta program realiti D’Academy Asia musim ketiga (DAA3) yang akan berlangsun­g di Jakarta, Indonesia, bulan depan.

One berkata, pemilihan itu adalah rezeki buatnya dan dia sangat bersyukur serta bersemanga­t untuk menyertai program berkenaan.

“Ia adalah satu

peluang yang saya tak pernah jangkakan. Sebelum ini saya pernah mewakili Malaysia untuk ke

WCOPA (World Championsh­ip of Performing

Arts) dan kali ini DAA3 pula,” katanya.

One berkata, ini percubaan keduanya untuk menyertai program realiti itu selepas kecundang di sesi uji bakat musim lalu.

“Tahun lalu, saya pernah mencuba nasib untuk DAA2, namun hanya mampu sehingga ke uji bakat. Tahun ini, saya cuba sekali lagi dan alhamdulil­lah, ada rezeki untuk saya,” katanya.

Bagi menjayakan program itu, One terpaksa menarik diri daripada menyertai pementasan teater Bahara Emas.

“Sepatutnya, saya dan anggota Forteen akan terbabit dalam pementasan teater itu. Namun kerana saya akan ke Jakarta pada 13 Oktober ini, saya terpaksa menarik diri.

“Agak terkilanla­h juga sesi bacaan skrip sudah dijalankan dan latihan juga sudah berlangsun­g. Bagaimanap­un, saya memilih komitmen mana yang perlu diutamakan,” katanya.

 ??  ?? ONE
ONE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia