Harian Metro

Dihentak kren

 Juruteknik penyelengg­araan maut di pelabuhan

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Rutin tugas seorang juruteknik penyelengg­araan kabel kren di Pelabuhan Barat, di sini, berakhir tragis apabila dia maut selepas kepalanya terkena hentakan besi, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Muhammad Syamil Sharudin, 25, yang sudah bertugas selama tiga tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kiri kepalanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika kejadian, mangsa bersama rakannya melakukan kerja penyelengg­araan pada ketinggian 53 meter di pelabuhan itu.

“Besi yang diangkat kren kemudian bergerak ke arah mangsa sebelum menghentak kiri kepalanya.

“Ia mengakibat­kan mangsa cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa kemudian dibawa turun menggunaka­n lif,” katanya, di sini, semalam.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Kata Shamsul, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 26, ketika ditemui di HTAR berkata, dia terkejut mengetahui insiden itu melalui WhatsApp, kelmarin.

“Saya sememangny­a terkilan kerana kali terakhir menemuinya tiga tahun lalu ketika kami tinggal bersama di rumah bujang dan belajar di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang,” katanya.

Jenazah Allahyarha­m dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Changgang, Banting, semalam.

 ??  ?? JURUTEKNIK penyelengg­araan kabel kren maut di Pelabuhan Barat, kelmarin.
JURUTEKNIK penyelengg­araan kabel kren maut di Pelabuhan Barat, kelmarin.
 ??  ?? MUHAMMAD Syamil
MUHAMMAD Syamil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia