Harian Metro

Tubuh persatuan satukan waris

-

persatuan akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat bagi memelihara hubungan antara waris pelajar terkorban dan yang terselamat dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, di sini, pada 14 September lalu.

Pengetua tahfiz, Mohd Zahid Mahmood berkata, cadangan penubuhan persatuan itu dizahirkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman sendiri bagi memastikan hubungan antara ibu bapa, anak dan waris yang sudah meninggal dapat disatukan.

Menurutnya, pihak tahfiz akan berbincang semula dengan Vida, sekali gus melantikny­a sebagai penasihat atau penaung persatuan.

“Vida ingin menjadikan anak tahfiz ini sebagai anak angkat serta membantu keluarga mereka, maka penubuhan persatuan amat bersesuaia­n untuk merapatkan hubungan.

“Kami mahu hubungan antara waris yang anaknya terkorban diteruskan kerana kita tidak tinggalkan mereka. Kita mahu seolah-olah anak mereka masih berada di sini,” katanya ketika ditemui.

Dalam perkembang­an berasingan, Zahid berkata, tiga pelajarnya masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Vida berkata, dia akan menubuhkan satu kolej tahfiz di Tanah Merah, Kelantan dalam waktu terdekat.

Katanya, kolej tahfiz itu akan menjadi pusat rujukan tahfiz di seluruh negara dan dijangka bekerjasam­a dengan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam penentuan mata pelajaran pengajian.

 ??  ?? ADIB menunjukka­n tangan kanannya yang melecur terkena api.
ADIB menunjukka­n tangan kanannya yang melecur terkena api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia