Harian Metro

‘Arwah suruh saya keluar dulu’

-

Kuala Lumpur: “Kami beratur untuk keluar menyelamat­kan diri dari dalam bilik yang terbakar melalui tingkap. Malangnya rakan baik saya, Muhammad Daniel Md Amin, 14, yang berada di belakang terkorban dalam kebakaran,” kata seorang penuntut tahfiz yang selamat, Adib Baqir, 15.

Menceritak­an kembali kejadian itu, Adib berkata, dia dikejutkan daripada tidur oleh suara panik rakannya yang memaklumka­n berlaku kebakaran.

Menurutnya, beberapa pelajar terus beratur untuk terjun menyelamat­kan diri dari aras tiga melalui jeriji tingkap yang sudah dikopakkan.

“Saya antara mangsa terakhir yang berjaya menyelamat­kan diri. Ketika itu, rakan baik iaitu Daniel berada di tepi dan dia bersungguh-sungguh mengarahka­n supaya saya keluar dahulu manakala dia akan menyusul kemudian.

“Apabila berpaling, saya lihat api kian marak disertai asap tebal manakala Daniel sudah tidak kelihatan dipercayai lemas akibat asap,” katanya ketika ditemui di Surau Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, di sini, semalam.

Sementara itu, ibunya Siti

Wahidah Ramli,

49 berkata, dia akan terus menghantar anaknya ke pusat tahfiz itu apabila ia kembali beroperasi nanti.

“Tiada sebab untuk saya menghalang dia meneruskan pengajian di Darul Quran Ittifaqiya­h. Saya ada bertanya kepada dia sama ada dapat menjalani kehidupan seperti biasa kerana semuanya sudah lain terutama seSatu lepas tragedi yang mengorbank­an 21 rakannya serta dua ustaz.

“Adib seorang yang tabah dan saya tahu dia dapat meneruskan pengajian seperti biasa, biarpun tanpa kehadiran rakan lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia