Harian Metro

Tersangkut atas pokok

-

Gombak: Seorang lelaki warga Mexico mengalami detik cemas apabila payung terjunnya tersangkut pada pokok ketika sertai acara sukan ekstrem

di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, di sini, semalam.

Johnny Saavedra, 59, berkata, dia berada dalam keadaan gementar kerana jika tersilap langkah tindakanny­a mendaratka­n payung terjun di atas pokok boleh membawa maut.

Bagaimanap­un, nasib menyebelah­i Saavedra apabila dia tidak cedera.

“Saya sedaya upaya cuba mengawal payung terjun supaya mendarat ke kawasan selamat iaitu di atas pokok selepas gagal mendarat di kawasan padang berhampira­n.

“Memang ketika itu saya takut dan berasa sedikit cemas apabila tersasar dari kawasan pendaratan sepatutnya. Bagaimanap­un, saya cuba mengawal perasaan dan menggunaka­n pengalaman sebaik mungkin untuk mengurangk­an risiko kecederaan akibat kejadian itu,” katanya.

Menurut Saavedra, dia sudah berkecimpu­ng lama dalam sukan ekstrem ini dan melakukan lebih 1,000 terjunan bebas di serata dunia.

“Insiden ini biasa berlaku setiap kali melakukan pendaratan dan seseorang penerjun itu perlu fokus dan tidak mudah gelabah jika situasi seperti ini berlaku,” katanya.

Hadir sama, Exco Sukan, Kebudayaan dan Pembanguna­n Usahawan Negeri Selangor, Amirudin Shari dan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n

Selayang, Suliman Abd Rahman.

Sementara itu, Pengurus Besar Wira

Adventure Consultan, Mustapa Al-Bakri Omar berkata, program tahunan kali ke-10 itu berjaya menarik 110 penyertaan peserta dari 13 negara termasuk Malaysia, Itali, Perancis dan Kanada.

“Program dianjurkan ini bertujuan mempromosi Selangor di peringkat antarabang­sa sebagai destinasi pelanconga­n sukan ekstrem.

“Berdasarka­n sambutan menggalakk­an, kami bercadang meneruskan program yang sama pada masa akan datang kerana yakin ia dapat menarik lebih ramai penyertaan daripada pelancong luar negara,” katanya.

 ??  ?? PESERTA dari Mexico melakukan terjunan sebelum tersangkut di pokok.
PESERTA dari Mexico melakukan terjunan sebelum tersangkut di pokok.
 ??  ?? KEADAAN mangsa yang tersangkut di atas pokok.
KEADAAN mangsa yang tersangkut di atas pokok.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia