Harian Metro

Longlai lihat saudara di jalan

 Tiga ahli keluarga maut dalam nahas

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Petang kelmarin, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pak Mahat, di sini, Nor Kasmawati Rashid, 39, terserempa­k kemalangan membabitka­n sebuah kereta dan lori di Kampung Sungai Soi, Jalan Tanjung Lumpur.

Dia kemudian memberhent­ikan kenderaann­ya dan keluar untuk melihat kemalangan itu namun sebaik menghampir­i kawasan berkenaan, dia tersentak apabila melihat sekujur tubuh kaku terbaring di atas jalan manakala tidak jauh dari situ seorang lelaki warga emas kelihatan terduduk sambil tubuhnya bermandika­n darah.

Langkahnya semakin longlai dan dia kehilangan kata-kata kerana tubuh kaku itu milik ibu saudaranya, Kelsom Hamat, 66, dan lelaki warga emas itu bapa saudaranya, Awang Ariffin, 76, manakala di dalam kereta Proton Iswara yang remuk teruk dia melihat sepupunya, Tuan Mohd Zulhaizee Tuan Temeran, 38, tersepit tidak bernyawa.

“Niat saya ketika itu mahu membantu mangsa kemalangan kerana ketika saya tiba kejadian baru saja berlaku, namun tidak menyangka ia membabitka­n ahli keluarga sendiri iaitu ibu saudara saya.

“Saya hanya mampu memeluk jenazah ibu saudara sambil memanggil namanya biarpun menyedari panggilan itu tidak akan bersahut kerana kesan kecederaan­nya teruk,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Kempadang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.50 petang kelmarin, kereta dinaiki tiga beranak itu bersama saudara mereka, Zuraidah Shamshuddi­n, 34, bertembung lori membawa muatan tanah dari arah bertentang­an. Akibat kejadian itu, Tuan Mohd Zulhaizee dan Kelsom meninggal dunia di tempat kejadian manakala Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, jam 8.30 malam.

Zuraidah yang patah tangan kanan dan cedera di kepala dilaporkan stabil di HTAA.

Tuan Sharifah Ramlah berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke FELDA Jengka 12, Maran, kerana ada urusan dan memaklumka­n akan pulang, semalam.

Jenazah tiga beranak itu selamat dikebumika­n di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Peramu, di sini, jam 9.15 pagi semalam.

 ??  ?? ANAK Kelsom, Tuan Sharifah Ramlah Tuan Temeran menunjukka­n gambar tiga ahli keluargany­a yang maut dalam kemalangan, petang semalam.
NOR Kasmawati
ANAK Kelsom, Tuan Sharifah Ramlah Tuan Temeran menunjukka­n gambar tiga ahli keluargany­a yang maut dalam kemalangan, petang semalam. NOR Kasmawati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia