Harian Metro

Datuk dua beradik direman tiga hari

-

Putrajaya: Dua beradik bergelar Datuk yang juga ketua eksekutif syarikat berbeza direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan isu pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n Majistret Mohd Nor Hafidzuddi­n Yusoff di Mahkamah Majistret, di sini, selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua beradik lelaki masing-masing berusia 50-an itu ditahan, semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah atau lebih dikenali Kampung Gatco, Serting Hilir, Jempol.

Difahamkan, mereka memegang jawatan sebagai penasihat dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada sebuah syarikat swasta yang membeli tanah berkenaan dengan nilai RM16 juta.

Sementara itu, lelaki berusia 69 tahun yang sebelum ini ditahan reman berkaitan kes sama dibebaskan, semalam.

Individu berkenaan dipercayai orang yang menguruska­n pemindahan hak milik tanah di kampung berkenaan.

Dia ditahan SPRM pada 18 September lalu sebelum ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dipetik berkata, berdasarka­n siasatan awal, tanah berkenaan milik sebuah syarikat persendiri­an dan masalah itu timbul akibat peneroka tidak mendapat hak pemilikan tanah seperti dijanjikan.

Kemelut bermula selepas pemilik asal Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup dan ladang tebu seluas 1,200 hektar miliknya dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan selama 99 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia