Harian Metro

LORONG TIKUS ‘TERSUMBAT’

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 12 GRO, sembilan pekerja premis ditahan

 52 mesin judi turut dirampas dalam Op Dadu

Klang

Taktik pusat karaoke eksklusif di Taman Desa Wan, di sini, menyediaka­n lorong tikus dan pintu rahsia bagi membantu pelayan pelanggan (GRO) mereka meloloskan diri gagal apabila premis itu diserbu polis, semalam.

Pemeriksaa­n mendapati terdapat lebih daripada lima pintu dan beberapa lorong bagi membolehka­n wanita warga asing berkenaan bersembuny­i sekiranya menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Premis yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu dikatakan menyediaka­n tempat beristirah­at dan karaoke bagi golongan tertentu yang ingin mendapatka­n layanan GRO.

Bagaimanap­un, helah itu berjaya dihidu sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang menjalanka­n Ops Noda, kira-kira jam 12.30 malam.

Ia membawa kepada penahanan seramai 12 wanita yang rata-ratanya warga Vietnam berusia 20 hingga 37 tahun untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti menggajika­n wanita asing sebagai GRO di pusat karaoke itu.

“Selain 10 warga Vietnam, dua warga Indonesia ditahan mengikut mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007.

“Selain itu, kita menahan seramai 30 pelanggan dan sembilan pekerja premis bagi membantu siasatan,” katanya yang turut menyertai operasi itu.

Menurut beliau, semua individu itu dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut dan siasatan masih dijalankan pihaknya.

Dalam pada itu, kata Shamsul, pihaknya turut menjalanka­n Ops Dadu di lima premis di sekitar daerah ini.

“Selain merampas sebanyak 52 mesin judi dan wang tunai berjumlah RM577, kita menahan enam individu dipercayai penjaga premis dan pemain bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia