Harian Metro

Sentuhan magis empat sahabat

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

Dulu mereka bersaing, namun kini menjadi sahabat yang bersama-sama menyertai pelbagai pertanding­an seni ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam dan luar negara sehingga mampu memiliki lebih 50 koleksi piala dan pingat kemenangan dan pada masa sama mengharumk­an nama negara.

Sentuhan magis empat sahabat yang juga cef iaitu Hidir Musa, 35, Ahmad Nurshafiq Amir Luddin, 28, Bernard Ting, 24, dan Muhammad Afiq Abdullah, 30, terbukti ‘meletup’ tatkala jari jemari mereka ‘menari’ mengukir dan disudahi dengan hasil yang mempesonak­an.

Menurut Hidir, dia bertemu tiga sahabatnya itu ketika mereka bersaing dalam satu pertanding­an ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran di Pulau Pinang pada 2015.

“Dua tahun lalu, kami bersaing sesama sendiri dalam satu pertanding­an. Dari situ kami lihat masing-masing ada keistimewa­an tersendiri menyebabka­n kami dapat mencipta keserasian selain mula berkongsi idea dan teknik ukiran buah dan sayur,” katanya yang juga pakar mengukir air batu.

Hidir yang bekerja sepenuh masa sebagai cef berkata, mereka mula menyertai pertanding­an di luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Hong Kong sejak dua tahun lalu.

“Setiap tahun kami tidak akan lepaskan peluang untuk sertai pertanding­an hingga kami berjaya mendapat lebih 50 piala dan pingat,” katanya yang berasal dari Masai, Johor.

Bagi Ahmad Nurshafiq yang bekerja sebagai pensyarah kulinari di Kolej Imperia, Kuantan, dia mahu mendidik anak muda dalam bidang itu hingga boleh berjaya di peringkat antarabang­sa.

“Saya pernah kecewa apabila ada orang dari negara luar menganggap Malaysia tiada kepakaran dalam bidang itu.

“Selepas itu, saya nekad untuk menang dalam sebarang pertanding­an yang ada kaitan dengan bidang itu supaya dapat dijadikan platform untuk memberi pendedahan kepada anak muda mengenai seni ukiran buah-buahan dan sayuran,” katanya yang pakar dalam menghasilk­an ukiran berbentuk patung dan haiwan dengan menggunaka­n buah-buahan dan sayuran seperti lobak, labu dan tembikai.

Sementara itu, Bernard yang memiliki studio seni makanan di Manjung, Perak berkata, ketelitian sangat penting dalam menghasilk­an ukiran buah-buahan dan sayuran.

“Banyak elemen yang diperlukan bagi menggabung­kan suatu hasil yang harmoni termasuk pemilihan warna,” katanya.

Muhammad Afiq pula berkata, pemilihan pisau juga menjadi ukuran kepada kehalusan hasil kerja tangan itu.

“Pisau serendah RM5 pun boleh digunakan untuk menghasilk­an ukiran, namun yang utama adalah kreativiti,” katanya.

 Teknik ukiran 4 cef tempa nama di peringkat antarabang­sa

 ?? Muhammad Afiq Abdullah ?? EMPAT cef tempatan kreatif mengukir buah-buahan hingga berjaya menempah nama di peringkat an t ar aban gs a. Pisau serendah RM5 pun boleh digunakan untuk menghasilk­an ukiran, namun yang utama adalah kreativiti”
Muhammad Afiq Abdullah EMPAT cef tempatan kreatif mengukir buah-buahan hingga berjaya menempah nama di peringkat an t ar aban gs a. Pisau serendah RM5 pun boleh digunakan untuk menghasilk­an ukiran, namun yang utama adalah kreativiti”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia