Harian Metro

Setuju saranan bomba

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

 Pusat tahfiz bakal pasang 10 CCTV, tangga tambahan, siren kecemasan

Sebagai langkah keselamata­n, Pusat Pengajian Maahad Tahfiz Al Quran Derga, Jalan Langgar, di sini, akan memasang 10 kamera rakaman litar tertutup (CCTV), tangga tambahan di setiap lima blok,

siren kecemasan dan paip laluan air untuk memudahkan urusan jika berlaku kebakaran.

Pengetuany­a, Yahya Saad berkata, jumlah keseluruha­n diperlukan adalah RM10,000 dan cadangan itu akan disegeraka­n bagi memperting­katkan kawalan di pusat maahad tahfiz itu.

Beliau berkata, setakat ini maahad itu diasingkan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang terletak antara jarak 100 meter itu hanya mempunyai 14 alat pemadam api dan perlu ditambah lagi empat lagi untuk memudahkan pemadaman dilakukan jika berlaku kecemasan.

Katanya, dia juga sudah berbincang dengan sebuah syarikat pembekal CCTV untuk pemasangan alat itu di kawasan maahad untuk memantau pergerakan keluar masuk sama ada pelajar atau orang luar di kawasan itu.

“Ia hanya untuk keselamata­n dan setakat ini orang luar yang masuk ke sini hanya untuk menunaikan solat di masjid dalam kawasan ini, tapi apabila ada CCTV, senanglah kita pantau apa yang berlaku sama ada siang dan malam.

“Sebelum ini, pernah berlaku kebakaran kecil disebabkan penggunaan ubat nyamuk dan sejak itu kami mengambil langkah untuk melarang sebarang penggunaan ubat nyamuk atau penyambung­an elektrik terutama pada waktu malam untuk mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika lawatan pegawai dari Bahagian Keselamata­n Kebakaran (BKK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, semalam.

Katanya, maahad tahfiz itu beroperasi sejak 29 tahun lalu dan melahirkan ramai pelajar yang berkeboleh­an dalam bidang al-Quran dan setakat ini jumlah pelajar mencecah 160 orang iaitu 130 pelajar lelaki dan selebihnya perempuan.

Sementara itu, Ketua Unit Penghapusa­n Bahaya Kebakaran, JBPM Kedah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Shahril P Ramli berkata, pemeriksaa­n dilakukan bertujuan untuk penambahba­ikan sistem keselamata­n di setiap maahad tahfiz di negeri ini sama ada berdaftar atau tidak.

 ??  ?? MOHD Shahril menunjukka­n alat pengukur laser yang digunakan ketika
memeriksa keselamata­n bangunan.
MOHD Shahril menunjukka­n alat pengukur laser yang digunakan ketika memeriksa keselamata­n bangunan.
 ??  ?? PEGAWAI bomba memberi taklimat kepada Yahya ketika memeriksa keselamata­n bangunan.
PEGAWAI bomba memberi taklimat kepada Yahya ketika memeriksa keselamata­n bangunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia