Harian Metro

MAIK bantu pusat tahfiz daif

-

Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan melakukan lawatan dan siasatan segera ke atas Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin, Kampung Jerek, Gua Musang.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, pihaknya sedia menyalurka­n bantuan mengikut keperluan sekolah tahfiz itu sekiranya berdaftar dan memenuhi spesifikas­i keselamata­n ditetapkan.

“Kita dimaklumka­n situasi sekolah itu dan lawatan serta siasatan akan dibuat segera untuk membantu anak tahfiz di sana.

“Pertamanya yang akan dinilai adalah rekod pendaftara­n sekolah itu. Sekiranya sah, tiada masalah untuk dibantu dan nilai bantuan tertakluk kepada kerosakan.

“Sekiranya, maklumat tiada, kita akan minta dia berdaftar dan memenuhi piawaian keselamata­n diluluskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 55 pusat tahfiz, madrasah dan pondok di pedalaman Kelantan dikesan tidak berdaftar dan beliau berharap pusat itu akan menyegerak­an pendaftara­n untuk membolehka­n pemantauan dibuat.

“Pentingnya pendaftara­n kerana sekiranya mereka memerlukan bantuan seperti Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin, Kampung Jerek ini, kita boleh bantu.

“MAIK mempunyai peruntukan membaik pulih sekolah tahfiz yang mengalami kerosakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) Kelantan, Omar Alias berkata, pusat tahfiz yang memerlukan peruntukan perlu berdaftar dengan MAIK atau Kerajaan Persekutua­n.

Harian Metro semalam melaporkan penuntut Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin di Kampung Jerek, Gua Musang bertahan menghuni bangunan uzur.

 ??  ?? SEKOLAH Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Kampung Jerek, Gua Musang daif dan perlu bantuan.
SEKOLAH Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Kampung Jerek, Gua Musang daif dan perlu bantuan.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia