Harian Metro

Inspirasi jaguh paralimpik

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Filem pendek guru Sekolah Menengah Tok Janggut Pasir Putih, Kelantan dinobatkan juara PROVIM 2017

Kuala Lumpur:

“Saya langsung tidak menyangka filem pendek yang berkisarka­n jaguh paralimpik negara berjaya menambat hati juri dan meraih hadiah tempat pertama dalam Projek Video Malaysia (PROVIM) 2017,” kata guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Tok Janggut Pasir Putih, Kelantan, Muhammad Faiz Yaakob, 33.

Menurutnya, dia tertarik menyertai PROVIM 2017 selepas mendapat inspirasi daripada kejayaan jaguh paralimpik negara iaitu Mohamad Ziyad Zolkefli dan Muhammad Ridzuan Puzi yang berjaya mencipta sejarah negara dalam temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, tahun lalu.

“Pada asalnya, saya melihat kejayaan atlet paralimpik ini kurang dipandang dalam mana-mana filem walaupun ia membanggak­an negara, jadi saya cuba selitkan kejayaan mereka yang berjaya menaikkan nama negara dengan cara yang tersendiri di dalam video ini.

“Walaupun mereka daripada golongan orang kurang upaya (OKU), mereka tetap mengharumk­an nama Malaysia di mata dunia,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n PROVIM 2017 di Menara Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), di sini, semalam.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dia hanya mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan video berkenaan dan hanya membuat penggambar­an di satu tempat saja iaitu di kawasan sekolah.

“Di dalam video ini, saya turut mengetenga­hkan lagu negaraku supaya dapat membakar semangat orang yang melihat video ini yang mana setiap bait lagu tersebut sebenarnya membakar semangat kita.

“Saya juga akan pastikan setiap jalan cerita itu membawa mesej penting di mana ia dapat menyentuh hati orang lain yang melihatnya dan bukan hanya sekadar cerita kosong,” katanya.

Muhammad Faiz berkata, dia berasa teruja dan tidak percaya sebaik diumumkan menang tempat pertama, sekaligus membawa pulang sebuah kereta Proton Saga 1.3 CVT beserta wang tunai RM5,000.

Penyampaia­n hadiah PROVIM 2017 disempurna­kan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Berhad Mahmood Abdul Razak diiringi Pengarang Urusan Kumpulan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah.

Dalam pada itu, Mohd Ashraf berkata, PROVIM 2016 dianjurkan buat kali kedua oleh Unit Digital Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen MPB adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan kenegaraan dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia.

“Melihat kepada sambutan yang diterima, kita memutuskan untuk menjadikan pertanding­an ini sebagai acara tahunan pada masa akan datang,” katanya.

 ?? FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN ?? FILEM pendek Muhammad Faiz (kanan) dan Syukur Marzuki juara PROVIM 2017.
FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN FILEM pendek Muhammad Faiz (kanan) dan Syukur Marzuki juara PROVIM 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia