Harian Metro

Yuran percuma 30 atlet UiTM

-

Shah Alam: Seramai 30 atlet Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merangkul pingat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur dianugerah­kan insentif dan yuran pengajian, selain penginapan percuma sepanjang menuntut di universiti itu.

Ia bagi menghargai jasa mereka yang mengharumk­an nama UiTM selaras dengan hasrat universiti untuk melahirkan lebih banyak

sekali gus mengangkat mutu sukan negara ke peringkat lebih tinggi.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, pihaknya berbangga kerana atlet itu berjaya mencapai sasaran mendapatka­n pingat pada temasya sukan berprestij berkenaan.

“Pemenang pingat emas akan diberikan RM1,000, diikuti pemenang perak iaitu RM750, manakala pemenang gangsa menerima RM500.

“Selain itu, pengajian dan tempat tinggal mereka sepanjang berada di universiti ini diberikan secara percuma mengikut semester terkini hingga tamat pengajian,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n insentif itu, malam kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dan Ketua Penolong Sentiausah­a (Bahagian Sukan) Kementeria­n Pendidikan Tinggi Tony Azman Hassan.

Kata Dr Hassan, pihaknya berharap pemberian insentif itu bakal melonjakka­n lagi prestasi atlet UiTM untuk terus kekal maju mewakili negara pada masa akan datang.

Sementara itu, pemenang pingat emas bagi acara menembak yang juga berjaya memperbaha­rui rekod Sukan SEA, Muhammad Ezuan Khan Nasir, 28, berkata, dia amat menghargai pemberian insentif berkenaan.

“Saya percaya pemberian itu menguatkan lagi semangat atket untuk berkerja keras bukan saja mengharumk­an nama UiTM, malah negara,” katanya.

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), menawarkan kursus jangka pendek bagi mempelajar­i teknik penggunaan dron yang dikendalik­an rakan kerjasaman­ya dari syarikat terkemuka dalam bidang pengendali­an dron di United Kingdom, Strat Aero Plc.

Naib Presiden Hubungan dan Hal Ehwal Korporat LUCT Datuk Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal berkata, pengetahua­n untuk mengendali­kan pesawat tanpa juruterban­g itu secara tidak langsung dapat menambah baik cara kerja di dalam negara ini.

Katanya, penggunaan dron kini bukan saja boleh digunakan dalam bidang pembuatan filem, malah turut digunakan secara meluas dalam bidang pertanian, memantau kawasan banjir, kawalan trafik serta ketika

 ??  ?? DR Hassan (tengah) menyampaik­an insentif kepada atlet menembak, Muhammad Ezuan di Intekma Resort Seksyen 7, Shah Alam.
DR Hassan (tengah) menyampaik­an insentif kepada atlet menembak, Muhammad Ezuan di Intekma Resort Seksyen 7, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia