Harian Metro

Pulang rumah tukar baju

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Tindakan seorang suspek disyaki terbabit dalam kes pukul seorang lelaki sampai mati, pulang ke rumah sewa untuk menukar baju dan mengambil beg pakaian sebelum melarikan diri akhirnya membawa padah apabila ditahan polis di rumah sewanya di Kampung Pinang, Air Itam, malam kelmarin.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan jam 10.10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) yang melakukan intipan dan pemantauan sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika serbuan, lelaki terbabit dilihat berlegar-legar di kawasan rumah sewa bagi mengelak dilihat orang lain sebelum masuk ke dalam rumah selepas mengetahui dirinya diburu polis.

Beliau berkata, kelibat suspek terlebih dulu dihidu polis sejak melarikan diri selepas kejadian pada malam Jumaat lalu dan tumpuan sepenuhnya diberikan di seluruh kawasan sering dikunjungi suspek setiap masa.

“Selepas berjaya mengesan suspek, polis mengepung rumah sewanya dan menahan suspek sebelum dibawa ke IPDTL untuk pemeriksaa­n dan siasatan lanjut.

“Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown pada jam 10.30 pagi tadi (semalam) untuk mendapat perintah tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan

 Polis tahan suspek pukul lelaki sampai mati

hukuman gantung sampai mati mandatori,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Tajudin Zain menetapkan reman tujuh hari terhadap suspek.

Dalam kejadian jam 10.10 malam Jumaat, suspek dan seorang lagi rakannya yang masih bebas memukul mangsa, Lim Kok Boon, 33, di kawasan tempat pembuangan sampah di Blok B, Flat Kampung Melayu, Air Itam.

Mangsa dipukul dengan topi keledar sehingga pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan disahkan meninggal dunia jam 10 pagi kelmarin.

Susulan itu, polis masih lagi memburu rakan suspek Mohd Yusri Mohamed, 38, dari Flat Kampung Melayu, Air Itam dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubung­i IPDTL di talian 04-2181822 atau balai polis berhampira­n.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi suspek di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang.
ANGGOTA polis mengiringi suspek di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia