Harian Metro

Guna saluran tepat

- Ardyhansah Amat am@hmetro.com.my

 Penderma diminta hulur bantuan melalui NGO diiktiraf

Salurkan bantuan menerusi pertubuhan sukarelawa­n yang diiktiraf bagi membantu mangsa pelarian etnik Rohingya di Bangladesh.

Pegawai Kanan Program Timur Tengah, Eropah dan Afrika Utara Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) Muhammad Abdullah Abd Wahab Ishari berkata, tindakan itu bertujuan melancarka­n program bantuan di sana khususnya membabitka­n kebenaran pihak berkuasa negara berkenaan.

“Sebelum ini, ada pihak yang menyalurka­n bantuan sendiri termasuk mengagihka­n makanan dan pakaian tanpa mahu melalui persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) rasmi.

“Ia menyebabka­n beberapa insiden tertentu tidak diingini berlaku termasuk membabitka­n keracunan makanan dan kematian kerana tidak mendapat pemantauan rapi daripada penderma,” katanya dalam sidang media Perkembang­an Operasi Mercy Malaysia di Myanmar, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Abdullah berkata, berdasarka­n pengalaman­nya mengikuti program kemanusiaa­n dan bantuan pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh, ada pihak yang menyalurka­n bantuan secara persendiri­an tanpa bantuan pihak berkuasa.

“Keadaan itu menyebabka­n kebajikan pelarian semakin tidak terurus hingga pihak tentera Bangladesh terpaksa mengambil alih program bantuan yang ingin disalurkan kepada pelarian bagi mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.

“Tindakan pihak terbabit yang datang ke sana (Bangladesh) bagi menyalurka­n

Ia menyebabka­n beberapa insiden termasuk keracunan makanan dan kematian kerana tidak mendapat pemantauan rapi daripada penderma”

Muhammad Abdullah

bantuan tanpa saluran rasmi boleh menjejaska­n operasi NGO lain, sekali gus memberi kesan kepada tujuan asal iaitu membantu pelarian Rohingya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, pihaknya akan menghantar pasukan sukarelawa­n ketiga ke Bangladesh hari ini, membabitka­n pasukan perubatan bagi ditempatka­n di Kutupalong dan Thankkali, yang menempatka­n pelarian Rohingya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia