Harian Metro

Gabungan MyExpo, PICC sebagai pusat pameran terbesar

-

Putrajaya: Gabungan antara Pusat Konvensyen dan Expo Malaysia (MyExpo) dan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, menjadi hab Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) terbesar di rantau Asia Tenggara, menjelang 2021.

MyExpo sebahagian daripada MyExpo City, iaitu projek pembanguna­n terbaru terletak bertentang­an PICC di Presint 5, di sini, juga bakal menjadi pusat pameran terbesar di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, apabila MyExpo dibuka kelak, ia bukan saja membantu meningkatk­an jumlah pelancong dan pelawat ke Malaysia, malah turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus mengukuhka­n ekonomi negara.

Menurutnya, ketika ini sektor MICE berkembang pesat sebagai sebahagian daripada industri pelanconga­n global dan Malaysia tidak terkecuali yang mengambil kira segmen ini secara serius melalui penubuhan Biro Konvensyen dan Persidanga­n Malaysia (MyCEB) pada 2009.

“Tahun lalu, industri MICE negara menarik 111,298 delegasi untuk menyertai 153 acara dan menjana perolehan RM1.035 bilion.

“Menjelang 2020 pula, perniagaan pelanconga­n disasarkan menyumbang RM3.9 bilion kepada pendapatan kasar negara (GNI), selain menjana 16,700 peluang pekerjaan.

“Saya percaya MyExpo mengukuhka­n lagi angka ini pada masa depan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Pusat Konvensyen dan Expo Malaysia (MyExpo), di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ) merangkap Pengerusi Putrajaya

(Kumpulan PULSE ) Datuk Seri Hasim Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PULSE Group Datuk Badlishah Ahmad.

MyExpo City projek di bawah Kumpulan PULSE yang juga syarikat milik penuh PPJ, manakala MyExpo diuruskan

(Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X) yang ketika ini menguruska­n PICC.

 ??  ?? NAJIB mendengar penerangan Hasim (kanan) mengenai model MyExpo pada majlis pecah tanah di Presint 5, semalam.
NAJIB mendengar penerangan Hasim (kanan) mengenai model MyExpo pada majlis pecah tanah di Presint 5, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia