Harian Metro

‘Ekonomi kita pada landasan tepat’

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Langkah Bank Pembanguna­n Asia (ADB) menyemak semula kadar pertumbuha­n Malaysia daripada 4.7 peratus kepada 5.4 peratus jelas membuktika­n ekonomi Malaysia berkembang pada landasan tepat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, semakan semula oleh ADB itu meletakkan Malaysia dan Hong Kong sebagai dua negara di Asia yang menunjukka­n peningkata­n besar dalam pertumbuha­n ekonomi.

Katanya, laporan itu meramalkan ekonomi Hong Kong meningkat daripada dua peratus kepada 3.6 peratus manakala Malaysia daripada 4.7 peratus kepada 5.4 peratus.

“Semakan semula yang dilakukan terhadap dua negara ini sangat memeranjat­kan. Jadi, jangan dengar kata-kata pihak tertentu yang cuba menjatuhka­n negara kita demi kepentinga­n politik mereka.

“Bukti cukup jelas (ekonomi) kita berkembang pada landasan tepat. Ia disahkan pihak ketiga termasuk Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) dan beberapa pihak lain,” katanya pada majlis pecah tanah Pusat Konvensyen dan Expo Malaysia (MyExpo) di sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ia turut disokong oleh fakta Malaysia diterima sebagai rakan dagang di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, China, Arab Saudi, India serta beberapa negara lagi.

“Semua negara ini mahu menjalinka­n urusan perdaganga­n dan mengukuhka­n hubungan dengan Malaysia kerana mereka tahu fakta.

“Ia termasuk yang dikeluarka­n Bank Dunia yang memaklumka­n ekonomi Malaysia berkembang kukuh,” katanya.

Menurutnya, ada sesetengah pihak yang sering mendakwa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan bahaya dan akan bankrap.

“Tetapi, kenapa laporan terbaharu

berkenaan dunia pada 2050 menjangkak­an Keluaran Dalam Negara Kasar negara berada pada kedudukan 24 tertinggi di dunia,” katanya.

Selain itu, katanya, Bank Dunia baru-baru ini turut menyemak semua jangkaan perkembang­an Malaysia kepada 4.9 peratus, satu angka yang sering kali dicemburui pihak lain.

 ADB semak kadar pertumbuha­n Malaysia kepada 5.4%

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia