Harian Metro

Harap tak ganggu pekerja Malaysia

-

Iskandar Puteri: Kerajaan Malaysia berharap sistem imbasan cap jari yang dijangka diwujudkan di kaunter pemeriksaa­n masuk pelawat ke Singapura dalam tempoh terdekat tidak menimbulka­n kesulitan kepada rakyat negara ini terutama mereka yang berulang-alik setiap hari ke republik berkenaan.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkua­saan sistem imbasan cap jari yang bakal diperkenal­kan republik itu sepatutnya tidak mengganggu keselesaan orang ramai.

“Apa jua dasar atau pro- sedur diperkenal­kan pihak berkuasa republik itu diharapkan tidak menimbulka­n kesukaran kepada rakyat negara ini yang keluar dan masuk Singapura.

“Saya yakin dasar diperkenal­kan Singapura tidak menyebabka­n kita mengalami kesusahan atau kesesakan lalu lintas.

“Ia sepatutnya memudahkan akses kepada orang ramai,” katanya selepas merasmikan Alibaba Global Course di Forest City, Gelang Patah, di sini, semalam.

Liow berkata, pada masa sama, Malaysia melaksanak­an Sistem Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi meningkatk­an sistem keselamata­n terutama pelawat yang keluar dan masuk ke negara ini.

“Malaysia ada sistem untuk memastikan keselamata­n dalam negara dan kenderaan yang masuk perlu ada RFID serta caj bayaran jalan,” katanya.

Semalam, pihak berkuasa Singapura dilapor memperluas­kan penggunaan sistem imbasan cap jari bagi semua pelawat asing di kaunter pemeriksaa­n masuk ke republik itu tidak lama lagi.

 ??  ?? LIOW (tengah) bersama peserta seminar pada majlis perasmian Alibaba Global Course di hotel Phoenix, Forest City, semalam.
LIOW (tengah) bersama peserta seminar pada majlis perasmian Alibaba Global Course di hotel Phoenix, Forest City, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia