Harian Metro

‘Perkukuh saja agensi sedia ada’

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

 SPRM bantah penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantah penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara yang dilihat tidak mempunyai keperluan dalam menyelesai­kan isu berkaitan integriti dan hak asasi manusia.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata, kerajaan seharusnya menumpukan pada penambahba­ikkan dalam memperkuku­hkan agensi yang sedia ada dari sudut perundanga­n dan keanggotaa­n.

“Kita melihat perkara ini adalah satu perkara yang tidak perlu kerana apabila kita nak mewujudkan satu jabatan baru, maka ia akan membabitka­n tambahan peruntukan dan staf.

“Pihak kerajaan seharusnya melihat dari sudut kebajikan terutamany­a kebajikan agensi penguat kuasa,” katanya pada sidang media Program Ikrar Bebas Rasuah Agensi Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman sempena Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR’17) hari ke-9 di Dewan Kenangan Majlis Perbandara­n Sungai Petani, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berhubung Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri dinaik taraf sebagai jabatan penuh.

Dzulkifli berkata, kewujudan jabatan baru itu akan menyebabka­n berlakunya pertindiha­n tugas di antara agensi yang sedia ada.

“Kita sudah ada SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (SIAP) dan banyak dah agensi.

“Ini adalah perkara yang perlu dilihat secara serius. Menubuhkan satu jabatan baru yang akan membabitka­n kos dengan penambahan anggota dan penambahan kos sedangkan kerja yang akan dibuat lebih kurang sama yang akan jadi pertindiha­n tugas,” katanya.

Beliau mencadangk­an peruntukan yang digunakan bagi jabatan baru itu digunakan bagi penambahan keanggotaa­n SPRM sendiri seperti yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita hanya ada anggota seramai 3,100 orang saja seluruh negara. Kerajaan sudah menjanjika­n pada 2008 untuk meningkatk­an keanggotaa­n SPRM sebanyak 5,000 orang.

“Tapi disebabkan kekangan kewangan yang ada sepatutnya sehingga 2017 kita boleh rekrut lebih kurang 750 anggota tetapi kita hanya boleh dapat merekrut sebanyak 490 saja,” katanya.

 ??  ?? DZULKIFLI (kanan) menerima kain rentang ikrar rakyat perangi rasuah ketika Program Kembara Jelajah Antirasuah 2017 di Dewan Kenangan Majlis Perbandara­n Sungai Petani.
DZULKIFLI (kanan) menerima kain rentang ikrar rakyat perangi rasuah ketika Program Kembara Jelajah Antirasuah 2017 di Dewan Kenangan Majlis Perbandara­n Sungai Petani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia