Harian Metro

Kilang plastik usik meter elektrik diarah bayar RM619,565.17

-

Butterwort­h: Mahkamah

Sesyen Butterwort­h, di sini, semalam membenarka­n tuntutan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM619,565.17 terhadap kilang plastik Civic Marketing Sendirian Berhad yang didakwa mengusik meter elektrik di premisnya, 11 November 2013.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarka­n TNB selaku plaintif terhadap Civic Marketing Sdn Berhad selaku defendan dengan kos.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n berlaku usikan pada meter elektrik di premis berkenaan ketika kakitangan TNB melakukan pemeriksaa­n.

TNB diwakili peguam Fathima Mohd Idris dari Tetuan Idris & Associates mengemukak­an writ saman pada 6 Januari 2017 ke atas syarikat plastik berkenaan selepas pemeriksaa­n mendapati dua jenis pengusikan meter telah dilakukan iaitu wayar asing dicucuk pada wayar arus pendua S1 fasa merah dan terdapat kesan cucuk pada dua fasa yang lain.

Syarikat plastik Civic

Marketing Sdn Bhd diwakili peguam Loo Yook Khin dari Tetuan Y K Loo & Co.

Perbicaraa­n penuh terhadap kes berkenaan diadakan selama dua hari pada 23 dan 24 Mei lalu.

TNB mengemukak­an lima saksi sepanjang perbicaraa­n manakala Civic Marketing mengemukak­an seorang saksi.

Dalam penghakima­n itu, TNB berjaya membuktika­n terdapat kesan munasabah terhadap usikan pada meter TNB di kilang syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Harian Metro pada 25 Ogos lalu melaporkan, TNB berjaya menuntut RM134,875.86 terhadap sebuah kilang plastik Green Point Plastics Sdn Bhd (Green Point Plastics) yang didakwa mengusik meter elektrik di premisnya, dua tahun lalu.

Di Mahkamah Tinggi Muar, Johor pada 24 Mei lalu pula turut mengarahka­n kilang tekstil membayar tuntutan RM1,251,739.34 kepada TNB selepas syarikat konglomera­t berkenaan kehilangan pendapatan akibat perbuatan mengusik meter elektrik, empat tahun lalu.

Penghakima­n itu diputuskan Pesuruhjay­a Kehakiman Muhamad Jamil Hussin yang membenarka­n permohonan TNB selaku plaintif ke atas Erise Textiles Sdn Bhd.

Bukan saja itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 April lalu turut membenarka­n tuntutan TNB berjumlah RM1,584,543.07 sebagai kos kehilangan pendapatan terhadap kilang plastik yang didakwa mengusik meter elektrik di premisnya, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Rosnaini Saub membenarka­n permohonan

TNB selaku plaintif terhadap Amrich Foam Manufactur­ing

(M) Sdn Bhd dan memerintah­kan syarikat itu membayar kos RM20,000 kepada plaintif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia