Harian Metro

Ragu-ragu bawa musibah

- Penulis Wartawan Harian Metro

 Perasaan was-was dalam diri manusia angkara bisikan syaitan Itulah syaitan yang disebut ‘Khinzib’. Apabila kamu merasakan kehadirann­ya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindung­lah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah menghilang­kan gangguan itu daripadaku”

Riwayat Muslim

Sewaktu berwuduk, mungkin ada yang pernah mengalami perasaan was-was berapa bilangan basuhan yang sudah dilakukan.

Lalu individu itu mengulangi­nya sehingga basah lencun pakaiannya. Begitu juga apabila mengangkat saja takbiratul ihram, perkara yang tidak diingat sebelum itu tibatiba muncul.

Fikiran juga melayang jauh sehingga lupa bilangan rakaat yang dilakukan. Dalam situasi lain, ada juga segelintir individu begitu sukar mengangkat takbir dan dilihat berkali-kali melakukann­ya walaupun imam ketika itu sudah habis membaca surah dan bersedia untuk rukuk.

Bayangkan, apabila masalah was-was itu berlaku ketika sedang solat berjemaah, pasti tumpuan jemaah lain akan terganggu.

Lebih parah, sampai satu tahap penyakit was-was itu boleh menghalang penghidapn­ya melakukan ibadat lalu meninggalk­an ketaatanny­a kepada Allah SWT.

Semua itu adalah contoh penyakit was-was yang boleh menimpa sesiapa saja dalam masyarakat sehingga memberi banyak masalah serta merosakkan ibadat seseorang.

Ia sukar dipulihkan kecuali dengan kekuatan jiwa dan semangat untuk berubah. Kita perlu sedar, syaitan dan koncokonco­nya sangat teliti ketika menyusun strategi untuk menyesatka­n setiap anak Adam.

Tugas membisikka­n rasa ragu-ragu di dalam hati manusia itu dilakukan jin dikenali sebagai Al-Maraddah. Sebab itu sebelum memulakan solat kita dianjurkan membaca surah an-Nas.

Imam Al-Ghazali menyatakan di dalam Bidayatul Hidayah: “Apabila selesai membersihk­an kotoran dan najis yang terdapat di badan, pakaian, dan tempat solat, juga engkau menutup aurat dari pusat sampai lutut, maka berdirilah menghadap ke arah kiblat dengan kaki yang lurus tidak dirapatkan dan berada dalam keadaan tegak. Lalu bacalah surah an-Nas untuk berlindung daripada syaitan yang terkutuk.

Syaitan akan menggunaka­n pelbagai cara sehingga ia sukar manusia kesan. Salah satunya adalah melalui bisikan ke hati supaya manusia menjadi ragu-ragu.

Namun, syaitan ternyata sukar untuk menguasai diri manusia melainkan diberi ruang. Sebab itu, Nabi SAW mengingatk­an, ketika hendak memulakan solat berjemaah, saf perlu dipastikan dalam keadaan rapat dan lurus.

Pastikan tiada ruang yang renggang di antara jemaah bagi mengelak syaitan mengganggu serta melalaikan manusia.

Selain itu, was-was mudah terjadi kepada golongan pelaku maksiat serta taubat seorang itu masih lagi belum sempurna.

Dalam surah An-Nisaa’, ayat 17, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Justeru, salah satu cara bagi memalingka­n perasaan was-was yang mengganggu tumpuan terutamany­a ketika solat ialah dengan memahami maksud bacaan di dalam solat yang dikerjakan.

Contohnya, ketika lisan mengucapka­n kalimah Allahu Akbar, fikiran perlu turut sama terjemahka­n apa maksudnya iaitu Allah Maha Besar.

Mengenai masalah was-was ini juga, seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Uthman bin Abi al-’As datang bertemu Nabi untuk mengadu masalah yang dihadapiny­a.

Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhn­ya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku terganggu. Rasulullah SAW berkata: Itulah syaitan yang disebut ‘Khinzib’. Apabila kamu merasakan kehadirann­ya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindung­lah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan

Allah menghilang­kan gangguan itu daripadaku.” (Riwayat Muslim)

Berdasarka­n hadis itu, apabila seorang diganggu syaitan ketika solat menyebabka­n hilang rasa khusyuk hendaklah dia meludah.

Timbul persoalan jika seorang sedang solat jemaah adakah dia boleh meludah ke kiri sehingga mengganggu jemaah lain.

Menjawab persoalan itu, Shaikh Mohammad bin Saleh al-Uthaimin ditanya: “Apabila seseorang itu solat secara berjemaah. Bagaimana dia boleh meludah ke sebelah kirinya?

Beliau menjawab, “Apabila dia berada di kiri dan hujung saf. Maka boleh meludah ke sebelah kirinya jika bukan di masjid. Jika tidak, boleh meludah ke sebelah kiri pada pakaian, kopiah atau sapu tangannya.”

Katanya, jika dia tidak dapat meludah, cukup sekadar berpaling ke arah kiri dan membaca ta’awuz iaitu ‘Auzubillah himinash shaitan-nir-rajiim’ tanpa perlu meludah supaya tidak menganggu orang yang sedang solat.

 ??  ?? PERASAAN was-was boleh mengganggu umat Islam ketika wuduk.
PERASAAN was-was boleh mengganggu umat Islam ketika wuduk.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia