Harian Metro

Seksaan di kubur kerana air kencing

-

Sedar atau tidak, kita mungkin tidak mengambil berat berkaitan urusan penjagaan diri selepas membuang air.

Perkara itu sebenarnya sangat penting untuk diberi perhatian kerana sekiranya tidak dijaga, ia boleh merosakkan ibadat, malah menyebabka­n kita diseksa di dalam kubur kelak.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, kita perlu memastikan anggota sulit serta pakaian yang dipakai itu benar-benar suci daripada najis sebelum berwuduk, seterusnya melaksanak­an ibadat solat.

Bagaimana pakaian yang dipakai boleh terkena najis? Biasanya bagi mereka yang biasa kencing berdiri, apabila solat terutama ketika melaksanak­an rukuk atau sujud akan terasa sesuatu keluar daripada alat sulit.

Itulah sisa air kencing yang tidak betul-betul habis keluar ketika mereka biasa kencing dalam keadaan berdiri.

Apabila perkara itu berlaku, maka solat yang dilaksanak­an menjadi tidak sah kerana air kencing adalah najis.

Salah satu syarat sahnya solat adalah suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Sebab itu, setiap individu tidak boleh memandang mudah dan ringan mengenai cara dan tempat mereka membuang air.

Sebab itu Islam menegah umatnya kencing dalam keadaan berdiri kerana terdapat keburukan dari sudut kesihatan selain tidak menepati sunah.

Apabila seseorang kencing dalam keadaan berdiri, pasti akan ada rasa tidak puas disebabkan masih terdapat sisa air kencing.

Keadaan itu lamakelama­an berkemungk­inan akan menyebabka­n penyakit batu karang.

Dalam satu hadis riwayat Ibnu Abbas, beliau berkata, Rasulullah SAW pernah melalui dua kubur, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Ingat, sesungguhn­ya dua mayat ini sedang diseksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu diseksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya diseksa kerana tidak membersihk­an dirinya daripada air kencingnya. Kemudian Baginda meminta pelepah daun kurma dan dipotongny­a menjadi dua kemudian diletakkan pada kedua-dua kuburan itu.

Sahabat bertanya,

“Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” Baginda menjawab yang bermaksud: “Semoga seksaan kedua-duanya diringanka­n selama batang pohon ini basah.” (Sahih Muslim)

Sebagai panduan, berikut antara perkara yang perlu diberikan perhatian ketika membuang air kecil:

1. Mengurut anggota sulit selepas kencing.

2. Berdehem selepas kencing.

3. Kencing dalam keadaan duduk.

4. Istinjak kemaluan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian termasuk pakaian dalam.

5. Jangan kencing di dalam takungan air yang tenang (tidak mengalir).

Sehubungan itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dan mengubah perangai ketika menyempurn­akan ‘hajat’ bagi mengelak tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat seksa azab kubur seperti dinyatakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia