Harian Metro

TAMAN HERBA SEKOLAH

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

 23 murid pendidikan khas SK Teluk Menara usaha pelbagai tanaman perubat

Kuala Terengganu

Pokok nyiur lemba, keladi kemoyang, mata ayam, tongkat ali, kacip fatimah, sungkai, pudina baldu, stevia dan sagu belanda antara tanaman herba yang ada di Taman Herba Warisan Sekolah Kebangsaan

(SK) Teluk Menara, Manir, di sini.

Uniknya, Taman Herba Warisan di sekolah berkenaan yang juga terbesar di negeri ini memiliki 160 pokok herba yang ditanam dan diuruskan sendiri 23 murid Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajar­an (PPKIBP) sejak 2016.

Guru Besar SK Teluk Menara, Salleh@Mokhtar Ismail berkata, taman itu diwujudkan bertujuan memberi pendidikan kepada murid supaya mengenali pelbagai jenis pokok herba.

“Rata-rata murid generasi sekarang tidak mengenali pokok herba yang sebelum ini digunakan secara tradisiona­l untuk tujuan perubatan masyarakat Melayu.

“Walaupun mereka tinggal di kampung, tetapi tidak semua murid ini didedahkan kepada jenis tumbuhan herba terbabit. Kami rasa bertanggun­gjawab mengumpul pelbagai jenis pokok termasuk beberapa jenis sayuran di taman herba itu,” katanya ketika ditemui di Taman Herba Warisan SK Teluk Menara, di sini, semalam.

Salleh berkata, hasil pendedahan dijalankan itu memberi kesan positif kepada

360 murid di sekolah berkenaan dengan mengenali jenis pokok herba itu.

“Mereka lebih mengenali pokok lazim yang digunakan dalam masakan seperti kunyit, lengkuas dan halia. Kewujudan taman herba itu juga menyemai minat murid dengan kegiatan pertanian,” katanya.

Menurutnya, Taman Herba Warisan satu langkah pihak sekolah memupuk sikap tanggungja­wab dan berdikari murid PPKIBP.

Menurutnya, dia mendapatka­n pelbagai jenis anak benih pokok herba itu daripada pelbagai pihak termasuk MARDI Jerangau, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan sumbangan penduduk setempat.

“Pokok herba ditanam itu mempunyai khasiat tersendiri seperti pokok sungkai untuk saki perut, tulang (sakit gigi) pecah beling (kencing manis dan darah tinggi) dan gelenggang (kurap dan panau).

“Tidak hairan taman herba kami menjadi

tumpuan penduduk setempat dan sekolah lain untuk mendapatka­n anak benih pokok,” katanya.

Sementara itu, guru penyelaras PPKIBP, A Karim A Rahman berkata, selain pokok herba itu dia bersama 23 murid PPKIBP juga mengusahak­an tanaman sayur-sayuran seperti bayam, sawi dan ubi kayu di sekolah berkenaan.

“Hasil tanaman diusahakan itu dijual seterusnya memberikan hasil tambahan kepada kami.

“Proses perkembang­an dan pembelajar­an murid PPKIBP juga dilihat semakin meningkat dan positif,” katanya.

 ??  ?? MUR tana War
MUR tana War
 ??  ?? TENAGA pengajar dan murid PPKIBP yang mengusahak­an Taman Herba Warisan SK Teluk Menara, Manir.
TENAGA pengajar dan murid PPKIBP yang mengusahak­an Taman Herba Warisan SK Teluk Menara, Manir.
 ??  ?? GURU membantu murid memakai sarung tangan keselamata­n.
GURU membantu murid memakai sarung tangan keselamata­n.
 ??  ?? RID mengusahak­an aman di Taman Herba risan sejak 2016.
RID mengusahak­an aman di Taman Herba risan sejak 2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia