Harian Metro

Wartawan Turki dibebas JAWI

-

Penulis warga Turki, Mustafa Akyol dibebaskan pada 12 tengah hari semalam, kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) Kuala Lumpur.

Pengarah JAWI Abdul Aziz Jusoh dalam kenyataan berkata penguat kuasa jabatan itu melengkapk­an siasatan dan berpuas hati bahawa pihak penganjur majlis tidak memaklumka­n kepada warga Turki tersebut keperluan mendapatka­n tauliah daripada pihak berkuasa agama untuk menyampaik­an pengajaran Islam di negara ini.

Menurutnya, JAWI menerima aduan orang awam mengenai penglibata­n Akyol dalam majlis perbincang­an meja bulat bertajuk

Does Freedom of Conscience Open The Floodgate to Apostasy?

di sini Ahad

lepas.

JAWI mengeluark­an surat perintah hadir kepada Akyol bagi membantu siasatan yang sepatutnya berlangsun­g semalam dan JAWI dapat waran tangkap ke atasnya daripada mahkamah susulan kegagalan beliau untuk hadir.

Akyol ditahan di Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin dan dibawa ke JAWI untuk dirakam keterangan­nya.

Abdul Aziz berkata JAWI menasihatk­an mana-mana penganjur supaya memastikan penceramah yang diundang mempunyai tauliah mengajar seperti yang dikehendak­i undang-undang negara.

“Penceramah yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1997 (Akta 559) membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

–BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia