Harian Metro

Ketua Geng Pak Su nafi dagang orang

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

>>Semua tertuduh ditahan susulan kematian Sub Inspektor Abu Hashim Ismail 19 Ogos lalu

 4 lelaki dituduh dalang penyeludup­an di Bukit Kayu Hitam

Empat lelaki termasuk ketua kumpulan Geng Pak Su mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang kegiatan penyeludup­an termasuk pemerdagan­gan manusia di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sejak dua tahun lalu.

Tertuduh, Johari Ariffin, 35, dari Jitra, Kedah atau lebih dikenali sebagai Pak Su, Rosidi Aziz, 35, dari Gong Kapas, Terengganu, Norazif Ahmad, 37, dari Jitra dan Shahadan Salim, 38, dari Alor Setar dibawa ke mahkamah sekitar jam 9 pagi menggunaka­n kereta awam sambil dikawal ketat skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su bermula pada 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos lalu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130V (1), Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun.

Semua tertuduh mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias dan tertuduh, Johari, Rosidi dan Shahadan diwakili peguam Jay Moy Wei Jiun manakala Norazif pula diwakili peguam Faizal Rahman.

Tiada jaminan ditawarkan mahkamah kepada tertuduh dan mahkamah kemudian menetapkan 26 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kamar mahkamah sebelum itu dipenuhi oleh ahli keluarga tertuduh dan kelihatan seorang daripada tertuduh turut mengalirka­n air mata ketika dihadapkan ke mahkamah.

Sebelum ini, semua tertuduh ditahan polis susulan kematian Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, selepas terkena empat das tembakan di belakang badan di sebuah rumah di Taman Seri Hosba, Changlun, dekat Jitra, 19 Ogos lalu.

Dalam kejadian jam 10.25 malam, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ditemui terbaring di atas lantai luar rumah seorang lelaki berusia 35 tahun (Pak Su) yang ditemuinya dipercayai untuk mendapatka­n maklumat berkaitan penyeludup­an dan gangsteris­me di kawasan Bukit Kayu Hitam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, suspek yang dihadapkan ke mahkamah itu dipercayai terbabit dengan pelbagai aktiviti penyeludup­an di kawasan sempadan Malaysia-Thailand termasuk pemerdagan­gan manusia dan pihaknya percaya akan ada lagi suspek dari kumpulan itu yang dihadapkan ke mahkamah.

“Pertuduhan pada hari ini (semalam) tidak mempunyai kaitan dengan siasatan kita terhadap kes bunuh (Abu Hashim) sebelum ini.

“Ini adalah kes pertama kita (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah) membabitka­n satu kumpulan penyeludup­an terbesar yang berjaya dihadapkan ke mahkamah,” katanya. Dua pengarah syarikat kejurutera­an, masing-masing didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menyalahgu­nakan deposit berhubung pelaburan mesin tambah nilai jalur lebar (WiFi), Jun lalu.

K Selvarajah, 45 dan Jazlan Abdullah, 46, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan berasingan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Mengikut pertuduhan, Selvaraj dan Jazlan masing-masing menyalahgu­nakan wang berjumlah RM5,000 dalam akaun CIMB atas nama Syarikat Sunner Inovation Sdn Bhd, milik mereka.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu sebuah hotel, di sini, antara jam 3.31 petang dan 10.50 malam pada 3 Jun 2017.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Difahamkan, sepasang kekasih membuat tempahan mesin tambah nilai WiFi itu daripada syarikat tertuduh dan membayar deposit RM5,000.

Mengikut perjanjian, deposit itu akan dipulangka­n jika pembatalan dibuat dalam tempoh 10 hari namun apabila pasangan itu membuat pembatalan, syarikat itu tidak memulangka­n wang.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi empat anggota Geng Pak Su termasuk ketua di Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi empat anggota Geng Pak Su termasuk ketua di Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia