Harian Metro

Ambil suapan di balai polis

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tiga pertuduhan menerima rasuah membabitka­n nilai suapan RM6,500.

Tertuduh, Sarjan Harjinder Singh Saudagar Singh, 53, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas sebagai Sarjan Pentadbira­n Balai di Balai Polis Kota Tinggi didakwa menerima suapan berjumlah RM4,000 daripada seorang penjual mercun sebagai dorongan melepaskan dua pekerjanya yang disyaki menjual mercun dan bunga api.

Perbuatan itu dilakukan di Balai Polis Kota Tinggi jam 10 malam, 26 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, tertuduh yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun bersama Polis Diraja Malaysia didakwa menerima rasuah masing-masing RM500 dan RM2,000 daripada individu sama untuk tidak mengambil tindakan ke atas perniagaan menjual mercun

 Sarjan didakwa terima RM6,500 lepaskan dua pekerja jual mercun, bunga api

dan bunga api milik lelaki berkenaan.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di Jalan Kota Kecil, Kota Tinggi pada jam 3.20 pagi, 17 Julai 2015 dan di sebuah restoran di Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, pada jam 10.30 malam, 18 Julai 2015.

Pendakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

 ?? FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN ?? TERTUDUH dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen, semalam.
FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN TERTUDUH dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia