Harian Metro

Anjakan paradigma

- Norhadiani Bahrom am@hmetro.com.my

 Wanita digalak kuasai teknologi maklumat bantu tempatkan diri dalam RI 4.0

Golongan wanita perlu menguasai teknologi maklumat yang dapat membantu mereka menempatka­n diri dalam Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) memandangk­an golongan itu masih ketinggala­n dalam beberapa sektor pekerjaan berbanding lelaki.

Pengarah Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-CESMED) Profesor Datin Dr Shamsubari­dah Ramlee berkata, kadar penyertaan wanita paling sedikit dalam bidang seni bina, kejurutera­an, komputer dan matematik yang pesat membangun, sekali gus menawarkan banyak peluang pekerjaan.

“Penyertaan wanita sangat rendah dalam bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM). Sebahagian daripada kerugian pekerjaan terbesar wanita kerana mereka lebih menjurus kepada peranan di pejabat dan pentadbira­n.

“Memastikan golongan ini berdaya saing dan kekal relevan dalam menghadapi perubahan dalam era dinamakan RI 4.0, wanita perlu menguasai teknologi digital dalam setiap aspek kehidupan. Salah satunya peralihan konsep perniagaan secara tradisiona­l kepada sepenuhnya dalam talian.

“Konsep perniagaan dalam talian ini jika di praktikkan dapat membantu capaian teknologi (infrastruk­tur) di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Beliau membincang­kan hal berkenaan menerusi Siri Bicara Wanita Cemerlang yang berlangsun­g di Pusat Siswazah, Bangunan Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Turut berkongsi kepakaran mereka, tokoh wanita juga ahli akademik wanita UKM iaitu Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita, Profesor Datin Dr Norizan Abdul Razak dan Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Khazanah UKM, Profesor Madya Dr Maisarah Ahmad.

Sementara itu, Dr Norizan menambah, dalam menyokong RI 4.0, UKM dan Pusat Kepimpinan Wanita (PKW) merangka beberapa program antaranya memberikan latihan selain memperkena­lkan kaedah pembelajar­an menggunaka­n sistem Kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besar-Besaran (MOOC).

“Bagi mereka yang memohon untuk mengikuti kursus ini akan diberikan latihan dan didedahkan dengan kaedah pembelajar­an secara dalam talian yang boleh diaplikasi­kan dalam perniagaan mereka kelak.

“Pihak kami juga memperkena­lkan beberapa aplikasi yang dapat memberi banyak kemudahan kepada komuniti (Smart Mamak). Selain mengadakan bengkel literasi ICT dan pemasaran produk secara atas talian kepada usahawan wanita.

“Istimewany­a peserta boleh mengikuti kursus ini di rumah tanpa perlu hadir ke UKM kerana semua pengajian secara teori boleh diperoleh melalui aplikasi Smart Mamak. Melainkan cara-cara mengendali­kan sistem perniagaan dalam talian dengan menggunaka­n komputer, itu peserta wajib hadir.

“Selain itu semua peserta yang terbabit akan diberikan sijil dan sijil ini diiktiraf oleh pihak universiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia