Harian Metro

155 terima darjah, pingat kebesaran

-

Pekan: Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Kalsom Sultan Abu Bakar mendahului senarai 155 penerima darjah dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini, semalam.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurn­akan istiadat itu.

Tengku Kalsom antara 13 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, turut dikurniaka­n kepada dua lagi adindanya iaitu Tengku Datuk Norazahan dan Tengku Datuk Noor Ashikin.

Antara penerima SSAP lain ialah Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki, Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji Plantation Berhad Datuk Amran Mat Nor, Pengarah Eksekutif Kraken Interactiv­e Sdn Bhd Datuk Raja Mohd Firdaus Raja Zainal, Pemilik dan Pengasas D’Herbs Holding Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Berhad Datuk Lim Hock Seong, Pengarah Urusan Macxen Sdn Bhd Datuk Tan Chin Siang, Pengarah Urusan Tulangis Maju Sdn Bhd Datuk Mohamed Rahim Hussin, Pengarah Srimayan Holdings Sdn Bhd Hok Siu dan Pengarah Eksekutif Asia Controline Sdn Bhd Mohammad Nadjion Nasir.

Sultan Pahang juga berkenan menganuger­ahkan tiga individu dengan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Kanan Seksyen Dana, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Syed Mohamed Koyakutty, Ketua dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Dr Mohamad Farouk Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Profesor Dr Mashitah Mohd Yusoff.

Pada majlis itu, 33 orang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Komander Pangkalan Udara Labuan Brigedier Jeneral Datuk Sardon Hassan, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) M Saedon Ab Majid, Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri Ishak Mohd Yusoff, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Abd Aziz Abu Bakar.

Pakar Perunding Jabatan Ortopedik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Dr T Tharumaraj­a, Pengarah Urusan Vision Works (M) Sdn Bhd Afdlin Shauki Aksan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Bersindike­t) Bukit Aman Deputi Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsteris­me (STAGG) Bukit Aman SAC Muhammed Hasbullah Ali, Ketua Staf Operasi Darat Pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) SAC Zulkiffli Salleh. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? AZAM
AZAM
 ??  ?? SAIFUL Azly
SAIFUL Azly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia