Harian Metro

Hanya ada satu pintu

- Khairul Azran Hussin am@hmetro.com.my

Sebanyak 104 pusat tahfiz dan sekolah pondok di Selangor rata-rata didapati gagal mematuhi piawaian keselamata­n ditetapkan.

Kesalahan yang dikesan antaranya sistem pendawaian tidak sempurna, tiada alat pemadam api dan hanya mempunyai satu pintu keluar sekiranya berlaku situasi kecemasan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Azmi Osman berkata, hasil pemeriksaa­n pihaknya sejak minggu lalu mendapati semua pusat dan sekolah itu masih mempunyai kekurangan serta ciri keselamata­n yang perlu ditambah baik.

“Namun, tiada sebarang tindakan penguatkua­saan dikenakan terhadap pengusaha. Kita memberi nasihat dan mengeluark­an laporan kepada pengusaha supaya segera menambah baik ciri keselamata­n.

“Kajian mengenai keadaan keselamata­n pusat tahfiz dan sekolah pondok ini perlu disegeraka­n demi kebaikan semua pihak. Dalam tempoh sebulan, kita perlu menyelesai­kan kajian dan mengemukak­an laporan lengkap,” katanya pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah JBPM Selangor Bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, semalam.

Bacaan ikrar membabitka­n 110 pegawai JBPM negeri itu diketuai oleh Azmi dengan disaksikan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.

Kata Azmi, pasukan khas turut ditubuhkan bagi mengesan pusat tahfiz dan sekolah pondok tidak berdaftar di negeri ini untuk menjalani pemeriksaa­n pematuhan aspek piawaian keselamata­n.

 104 pusat tahfiz, sekolah pondok gagal patuhi piawaian keselamata­n

 ??  ?? AZMI (dua dari kiri) dan Wan Ramli (tengah) pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah JBPM Selangor Bersama SPRM Selangor, semalam.
AZMI (dua dari kiri) dan Wan Ramli (tengah) pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah JBPM Selangor Bersama SPRM Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia