Harian Metro

Azab cincin gigit jari Tapisan ‘jaga air’

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Ampang: Seorang lelaki terpaksa menahan azab lebih 20 minit apabila cincin yang disarungka­n di jari manis tangan kirinya gagal ditanggalk­an.

Susulan mangsa berusia 23 tahun terpaksa meminta bantuan dari pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa hadir ke balai polis untuk meminta bantuan anggota bomba memotong cincin di jarinya kerana tidak tahan menanggung kesakitan.

Jurucakap BBP Ampang berkata, pihaknya didatangi seorang lelaki dalam keadaan kesakitan akibat pemakaian cincin yang tidak bersesuaia­n.

“Mangsa datang bersama rakannya dan meminta anggota kami memotong cincin di jari mangsa.

“Jari mangsa didapati mulai membengkak akibat saluran darah tersekat,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba kemudian menggunaka­n peralatan khas serta mengambil masa 20 minit untuk memotong cincin di jari mangsa,” katanya.

Sengaja mengunci pintu dari luar bagi mengaburi pihak berkuasa selain mengupah ‘jaga air’ untuk mengawal pintu masuk pusat judi dalam talian.

Malah pelanggan yang mahu memasuki premis perlu berjumpa penjual air yang berniaga di tepi pintu masuk premis untuk ‘ditapis’ identiti terlebih dahulu.

Itu antara taktik dikesan digunakan sindiket pusat judi atas talian beroperasi di Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, di sini.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya melakukan serbuan di lokasi berkenaan semalam.

Dalam serbuan sekitar jam 1 pagi itu, polis menyerbu dua premis dikesan menjalanka­n aktiviti judi dalam talian di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, polis berjaya menahan sembilan individu termasuk dua wanita warga asing membabitka­n penjaga dan kaki judi.

Katanya, polis kemudian merampas peralatan judi dianggar bernilai lebih RM300,000 yang digunakan di dua premis berkenaan.

“Dalam serbuan pertama kami menahan empat individu termasuk dua wanita

 Pusat judi upah pengawal pintu terbongkar

warga Indonesia disyaki penjaga premis dan merampas 14 set komputer. “Manakala serbuan kedua dilakukan di premis berdekatan sebelum polis berjaya menahan lima lelaki termasuk seorang warga Bangladesh dan merampas enam mesin simulator bersama 22 set komputer.

“Polis turut merampas wang tunai hasil judi sebanyak RM600 dari dua premis itu,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.

Azlin berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 50-an terbabit ditahan bagi tindakan lanjut.

Katanya, hasil soal siasat mendapati premis itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu secara berselindu­ng termasuk dengan mengunci pintu hadapan ptremis bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kami akan meneruskan operasi ini dalam usaha membantera­s aktiviti perjudian tanpa lesen di daerah ini,” katanya.

 ??  ?? PERALATAN judi yang dirampas hasil serbuan di Taman Puchong Utama,
Puchong.
PERALATAN judi yang dirampas hasil serbuan di Taman Puchong Utama, Puchong.
 ??  ?? ANGGOTA bomba memotong cincin dijari mangsa.
ANGGOTA bomba memotong cincin dijari mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia